Maulana Abd Hamid (Mudir Miftahul 'Ulum) bersama Habib Umar (Darul Musthafa, Yaman)
..Masyaikh Madrasah Miftahul 'Ulum..
بسم الله الرحمن الرحيم
".. Majlis Khatam Kutub Sittah Kali Ke-9 .."
~Hari Sabtu, 25 Jun 2011~ 9.00 pagi Dewan Pelajar Madrasah Miftahul 'Ulum, Masjid Jame' Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Syeikhul Hadis yang akan mengelolakan majlis yang penuh dengan berkat ini ialah Syeikh Maulana Abdul Hamid Bin Chin حفظه الله Mudir Madrasah Miftahul 'Ulum. Imam Besar Masjid Jame' Sri Petaling, KL. >...Majlis Terbuka...< Mari sama-sama hidupkan suasana Hadis Rasulullah SAW. ~Menghayati Khazanah Nabawi~
Pertamanya dan selama-lamanya insyaAllah bersyukur kepada Allah swt masih diberi taufiq oleh Allah swt. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui betapa gembiranya hati ini, Rasa syahdu. Rasa terharu apabila mendapat khabar gembira suatu majlis akan diadakan di bumi kelahiranku yang penuh berkat iaitu Negeri Kedah. Hal ini membuat diri ini semakin cinta dan rindu kepada Negeri Kedah.
"Majlis Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW"
Sepertimana dimaklumkan, nama majlis yang indah ini juga pasti datang dari peribadi yang cukup indah. Nama tersebut dicadangkan oleh Syeikhuna al'Alim al'Allamah Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki, seorang tokoh Ulama' Nusantara' yang sangat alim, faqih, wara' & tawadhuk.
Beliau juga menjadi ikutan ummat Islam khususnya daripada kalangan penuntut ilmu di Nusantara. Pada tahun 2005, alhaqir mula mengenali beliau dan mula belajar dengan beliau sejak tahun 2006 hingga sekarang. Ikatan hatiku amat kuat dengan beliau hingga saat ini. Sejak mendapat tarbiah daripada beliau, alfaqir telah menemui akhlak dan budi pekerti yang cukup indah pada diri peribadi beliau. Mengajarkanku ilmu serta kepentingannya, adab dan akhlak. Mengenalkanku pada Sang Pencipta, menambahkan rasa kecintaanku kepada baginda Rasulullah saw. Bukan taksub, tapi ini rasa cinta yang sangat mendalam.
Ukhtina Ustazah Halimah dari Singapore pernah mengungkapkan: "Cinta yang mendalam kepada para Ahlillah itu bukan cinta taqlid buta tapi ia adalah daripada serpihan cinta para sahabat kepada Rasulullah saw. Bila awak mencintai mereka awak akan faham bagaimana para sahabat itu sangat mencintai Rasulullah SAW. Fahamilah.. kalau tidak faham, jangan menyalahkan. Ia adalah bahasa CINTA bukan Ta'asub! "
Di dalam pengajian Syiekh Nuruddin di Negeri Kedah khususnya, sejak alfaqir ikuti pengajian beliau sejak tahun 2006 . Selalu beliau nyatakan hasrat dan keinginan iaitu ingin melihat ummat Islam di Negeri Kedah khususnya berkumpul beramai-ramai di suatu lapangan yang luas, datang berpakaian serba putih, tidak ada tujuan politik, tidak ada kepentingan mana-mana parti, melainkan datang semata-mata untuk berzikir kepada Allah swt dan memuji Rasulullah saw. Dengan hati yang bening berkumpul untuk menarik Rahmat Allah swt.
Kini ku berada di benua Afrika.. Sudan, jauh dari tanah air dan Negeri Kedah kecintaanku. 'Ala kulli hal Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk meraih ilmu bersama ulama' di sini. Walaupun diri ini tidak dapat hadir pada majlis yang sekian lama diinginkan oleh Syeikhuna nanti, insyaAllah mudah-mudahan hati ini hadir. T_T
Jangan lupa kami dalam kebaikan doa kalian...
JANGAN LEPASKAN PELUANG INDAH DAN SYAHDU INI
~Masih tergambarkah ketika 4 mac 2011 anda bersama hampir 4000 pencinta rasul berpakaian putih di kediaman rasmi MB..?? penuh syahdu berzikir, berselawat lalu berdoa untuk hadir lagi dalam majlis seumpama itu
Alhamdulilah… kini untuk kali keduanya kita himpunkan lebih ramai lagi bagi memastikan semua kita dapat merasai suasana penuh syahdu dan indah itu.
Bayangkan untuk kali ini sasaran kita 8000 pencinta Rasul saw berkumpul.
Semua bertahlil seorang 100 kali, tasbih ,tahmid, takbir,berselawat 100 kali, semua menadah tangan bermunajat berdoa kepada Allah
Sedarkah kah kita pada hari itu sebenarnya kita mengumpulkan
-800 000 kali tahlil,
- 800 000 kali tasbih, tahmid takbir,
- 800 000 kali selawat,
- 1 600 000 tangan menadah memohon doa untuk kita dan keluarga serta kepada yang telah meninggal memerlukan doa dari kita juga kesejahteraan negeri kedah dan Ummah
Ayuh pastikan anda tidak ketinggalan pada 08.07.2011 di stadium sultan abd.halim
YANG MAMPU ANDA LAKUKAN
SEBELUM 8 JULAI –
1. *TANAMKAN AZAM DAN NIAT UNTUK HADIR BERSAMA PADA 8 JULAI 2011.
2. * BERAZAM UNTUK MEMBAWA SELURUH AHLI KELUARGA AGAR MEREKA JUGA MENDAPAT MENAFAATNYA.
3. * BERAZAM UNTUK MENGAJAK 10 RAKAN/JIRAN YANG LAIN UNTUK HADIR.
4. * MAKLUMKAN KEPADA RAKAN TAULAN, JIRANMELALUI POSTEREDARAN HANDBILL SMS, TELEFON, FACEBOOK, BLOG LAMAN WEB DAN SEBAGAINYA. DI MASJID DAN SURAU SERTA MAJLIS ILMU DAN KERAMAIAN.
5. * INGATKAN DAN PESAN KEPADA MEREKA UNTUK TIDAK LUPA TARIKH 8 JULAI
6. * BANYAK KAN SELAWAT, ZIKIR DAN ISTIGHFAR SUPAYA KEHADIRAN KITA DENGAN HATI YANG BERSIH ( CADANGAN 5000 SELAWAT DAN 5 000 ISTIGHFAR)
7. * SEDIAKAN PAKAIANPUTIH UNTUK MAJLIS.
8. * HANTARAN BORANG TAHLIL KHUSUS UNTUK ARWAH KEPADA MAAHAD DARUL HADIS ATAU MANA-MANA KELAS PENGAJIAN PAKSI SEBELUM 8 JULAI.
Pada 8 Julai.
Pastikan saudara-saudara..
~Niatkan hadir semata-mata kerana Allah swt untuk mengagungkan dan memuji Allah swt & Rasulullah saw. ~ Berpakaian putih dan berwangian serta bawa sedikit juadah. ~ Sudah tiba sebelum jam 7.50 pagi. ~ Penuhi tiap permintaan daripada pengacara dan syeikh. ~ Bersama-sama mengikuti majlis hingga tamat.
MAKLUMKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI
SEORANG YANG HADIR ATAS JEMPUTAN ANDA ... SETIAP AMALANNYA SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT PAHALA NYA JUGA UNTUK ANDA . REBUTLAH PELUANG INI ... YANG BUKAN SELALU DATANG..... via ~ (lantunan-mahabbah)
Pesan Syeikh Muhammad Husni Ginting : "Saya berharap kepada penuntut ilmu di Malaysia agar kiranya dapat hadir bertemu dengan Habib Zein Bin Sumeith sebab mungkin inilah terakhir kunjungan beliau ke Indonesia dan Malaysia, saya mendengar dari cerita anak beliau Habib Umar bin Zein Bin Sumeith sesuatu cerita yg menyedihkan hati saya. Waallahu A`lam."
berikut biografi Habib Zein Bin Sumeith: (klik disini)
al-Habib Umar pernah berkata dalam rawhah:
"Berapa ramai yang "ghaib" dekat, dan berapa ramai yang 'hadir' jauh.."
ikhwah akhawat.. hadirlahlah beramai-ramai..
~jangan sampai kita terlepaskan peluang jilsah bersama Ulama' keturunan Rasulullahصلى الله عليه والسلم
Ya Allah.. 'Hadir'kan kami walau jasad kami jauh beribu batu, Kami yakin, Jarak tidak memisahkan hati orang mukmin..
Ya Allah, Jangan Engkau haramkan kami untuk menghadirinya, Kerana dosa yang ada pada diri kami...
Ya Allah.. Hati-hati kami ini sangat merindukan majlis2 seperti ini, Engkau saja pengubat rindu kami, Hanyasanya kepada-Mu, Kami serahkan hati kami.... Ya Allah.. kurniakanlah aku kesempurnaan dalam melaksanakan ajaran Nabi صلى الله عليه والسلم zahir mahupun bathin, dalam keadaan sihat dan selamat dengan Rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih...