Monday, June 6, 2011

Majlis Bersama Habib Zein bin Sumaith حفظه الله تعالى


(klik poster untuk besar)

Pesan Syeikh Muhammad Husni Ginting : "Saya berharap kepada penuntut ilmu di Malaysia agar kiranya dapat hadir bertemu dengan Habib Zein Bin Sumeith sebab mungkin inilah terakhir kunjungan beliau ke Indonesia dan Malaysia, saya mendengar dari cerita anak beliau Habib Umar bin Zein Bin Sumeith sesuatu cerita yg menyedihkan hati saya. Waallahu A`lam."

berikut biografi Habib Zein Bin Sumeith: (klik disini)

al-Habib Umar pernah berkata dalam rawhah:

"Berapa ramai yang "ghaib" dekat, dan berapa ramai yang 'hadir' jauh.."

ikhwah akhawat.. hadirlahlah beramai-ramai..

~jangan sampai kita terlepaskan peluang jilsah bersama Ulama' keturunan Rasulullahصلى الله عليه والسلم

Ya Allah..
'Hadir'kan kami walau jasad kami jauh beribu batu,
Kami yakin,
Jarak tidak memisahkan hati orang mukmin..

Ya Allah,
Jangan Engkau haramkan kami untuk menghadirinya,
Kerana dosa yang ada pada diri kami...

Ya Allah..
Hati-hati kami ini sangat merindukan majlis2 seperti ini,
Engkau saja pengubat rindu kami,
Hanyasanya kepada-Mu,
Kami serahkan hati kami....

Ya Allah..
kurniakanlah aku kesempurnaan dalam melaksanakan ajaran Nabi صلى الله عليه والسلم zahir mahupun bathin, dalam keadaan sihat dan selamat dengan Rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih...

Allahumma Amiin..

No comments:

Post a Comment