Wednesday, May 8, 2013

Kisah Jenazah Diiringi Ratusan Ekor Kucing..

Habib Munzir Al Musawa hafizahullah menceritakan : "Terjadi beberapa waktu yang silam saat itu saya masih di Tarim, Hadramaut. Tinggal beberapa lama di kota syihir, wilayah Mukalla disitu ada seorang wanita tua wafat, suatu hari saya melihat jenazah diusung. Tapi ada 1 hal yang ganjil. Apa yang ganjil? Ketika jenazahnya diusung, banyak orang yang mengusungnya dan ratusan ekor kucing ikut mengantarkan jenazah. Ini ganjil, saya fikir ada jenazah diikuti ratusan ekor kucing dan baru ini saya melihatnya. Ketika saya bertanya – tanya, kenapa ini? Mereka memuji wanita tua yang wafat itu alaiha rahmatullah. Di masa hidupnya nafkahnya dicukupi oleh anak – anaknya, kerjanya tiap pagi masuk ke pasar mengambil bekas kepala – kepala ikan yang terbuang dan ditaruh di sebuah gerobak dan ia melemparnya kepada semua kucing yang ada di jalanan. Bertahun – tahun itu terjadi sampai setiap pagi, ratusan kucing sudah berjajar di jalanan menunggu bagian yang diberikan dari wanita tua itu. Ketika ia wafat, ratusan ekor kucing itu mengantarkan jenazahnya. Berhari – hari puluhan ekor kucing tidak meninggalkan kuburnya.

Demikian hadirin – hadirat, Allah jadikan Ibrah (contoh) bahwa setiap hewan itu mempunyai perasaan terimakasih kepada yang memberinya. Bagaimana aku dan kalian yang selalu diberi oleh Allah, adakah perasaan terimakasih terlintas untuk selalu berbakti kepada Allah..."

gambar hiasan : Syeikh Usamah al-Azhari hafizahullah (ulama muda al-Azhar) menyantuni seekor kucing.

Nasihat Ulama' Ummah..


NASIHAT SEORANG ULAMA' UMMAH KEPADA KERAJAAN, PEMBANGKANG DAN SELURUH RAKYAT..

fahamilah kata-kata alMufassir Syeikh Mutawalli Sya'rawi rahimahullah : 

"Aku ingin memberitahu kepada ummat semuanya, sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang dan pendokong, dan kepada semua rakyat. Aku minta maaf jika aku ucapkan suatu yang kamu semua tidak suka.. 

Aku ingin semua tahu bahawa KEKUASAAN ITU DI TANGAN ALLAH..!! Allah memberi KEKUASAAN kepada siapa yang Dia suka..

maka janganlah ada KOMPLOT untuk mendapatkan KEKUASAAN itu..

dan janganlah ada TIPU HELAH (PENIPUAN) untuk sampai kepadanya (KEKUASAAN)..

Sesungguhnya Allah SWT telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim a.s. Apa kata Allah ta'ala...???

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah menentang Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud), maka KEKUASAAN itu Allah beri kepada sesiapa yang Dia mahu.."

Maka janganlah kamu melakukan TIPU HELAH terhadap Allah, dan janganlah kamu membuat KOMPLOT (PENIPUAN) terhadap ALLAH, kerana seseorang tidak akan mendapat KEKUASAAN di dalam KERAJAAN ALLAH kecuali dengan KEHENDAK ALLAH..!!

Kalau dia seorang yang ADIL, maka manusia akan mendapat manfaat dengan KEADILANnya...
dan sekiranya dia seorang yang JAHAT lagi ZALIM, MAKA RAKYATLAH YANG ZALIM..!!!

dia menjadi HODOH dengan kezalimannya, dan ALLAH akan menjadikan dia BURUK di dada-dada manusia, maka disebabkan ALLAH menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang ZALIM walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Oleh sebab itu, aku berkata kepada kamu sekalian sesungguhnya kita Alhamdulillah telah jelas kebenaran pada firman Allah ta'ala, berdasarkan peristiwa-peristiwa yang terjadi.

Sesiapa yang terlintas dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan dia supaya JANGAN MEMINTA-MINTA..

Bagaimana kita hendak mentafsirkan firman ALLAH :
"dan mereka merancang perkara yang JAHAT, dan ALLAH juga turut merancang juga.."

"Sesungguhnya mereka membuat TIPU DAYA, dan ALLAH juga membuat TIPU DAYA..."

maka aku nasihatkan siapa yang terlintas dalam kepalanya untuk menjadi PEMERINTAH, aku nasihatkan dia supaya JANGAN MEMINTA-MINTA.. akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh ALLAH, dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi BEBAN kepadanya..."

Wahai Tuan Presiden (Husni Mubarak-bekas presiden Mesir), aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir aku dengan engkau,

Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga ALLAH memberi engkau taufiq (menunjukkan jalan yang benar).. dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung BEBAN (untuk menghadapi kami)..."

beliau berkata lagi : "apabila kamu melihat pertarungan antara kebenaran dengan kebenaran, tidak mungkin akan kamu dapati.. SESUNGGUHNYA KEBENARAN HANYALAH SATU..!!

Kamu tidak akan dapati dan tidak akan berterusan pertarungan antara kebenaran dan kebathilan, kerana kebathilan selalunya akan HANCUR..."




Sayyidi alHabib Umar hafizahullah pula berpesan : “Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah-belah dan gundah, biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok...

Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat..

Tenanglah dengan keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu...”


Syeikhulhadis Maulana Abdul Hamid hafizahullah (Mudir Madrasah Miftahul Ulum, KL) berpesan :

"Tuan-tuan yang mulia.. PRU sudah habis, yang panas mula nak sejuk, marilah kita sama-sama usaha dan fikir bagaimana kita menjadi lebih baik dari segi amalan agama, sifat dan akhlak..

Apa yang boleh kita amal kita amalkan.. bukankah solat berjemaah boleh, tutup aurat boleh, bersatu boleh, jangan mengutuk boleh, jangan mengumpat boleh, banyak lagi benda yang boleh, hukum-hukum yang tidak boleh kita laksanakan seperti hudud dan yang seumpamanya kita usahakan sedikit demi sedikit sehingga semua manusia suka pada agama pada masa tu barulah pemerintahan dapat berjalan atas hukum Allah.."

InsyaAllah apa yang kita baca dapat sama-sama berfikir, amal dan sampaikan...