Saturday, June 18, 2011

Hasrat & Keinginan Sang Guru~ Syeikh Nuruddin alBanjari..


(klik untuk besarkan)
Bismillahi wal hamdulillah..

Pertamanya dan selama-lamanya insyaAllah bersyukur kepada Allah swt masih diberi taufiq oleh Allah swt. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui betapa gembiranya hati ini, Rasa syahdu. Rasa terharu apabila mendapat khabar gembira suatu majlis akan diadakan di bumi kelahiranku yang penuh berkat iaitu Negeri Kedah. Hal ini membuat diri ini semakin cinta dan rindu kepada Negeri Kedah.

"Majlis Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW"

Sepertimana dimaklumkan, nama majlis yang indah ini juga pasti datang dari peribadi yang cukup indah. Nama tersebut dicadangkan oleh Syeikhuna al'Alim al'Allamah Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki, seorang tokoh Ulama' Nusantara' yang sangat alim, faqih, wara' & tawadhuk.

Beliau juga menjadi ikutan ummat Islam khususnya daripada kalangan penuntut ilmu di Nusantara. Pada tahun 2005, alhaqir mula mengenali beliau dan mula belajar dengan beliau sejak tahun 2006 hingga sekarang. Ikatan hatiku amat kuat dengan beliau hingga saat ini. Sejak mendapat tarbiah daripada beliau, alfaqir telah menemui akhlak dan budi pekerti yang cukup indah pada diri peribadi beliau. Mengajarkanku ilmu serta kepentingannya, adab dan akhlak. Mengenalkanku pada Sang Pencipta, menambahkan rasa kecintaanku kepada baginda Rasulullah saw. Bukan taksub, tapi ini rasa cinta yang sangat mendalam.

Ukhtina Ustazah Halimah dari Singapore pernah mengungkapkan: "Cinta yang mendalam kepada para Ahlillah itu bukan cinta taqlid buta tapi ia adalah daripada serpihan cinta para sahabat kepada Rasulullah saw. Bila awak mencintai mereka awak akan faham bagaimana para sahabat itu sangat mencintai Rasulullah SAW. Fahamilah.. kalau tidak faham
, jangan menyalahkan. Ia adalah bahasa CINTA bukan Ta'asub! "

Di dalam pengajian Syiekh Nuruddin di Negeri Kedah khususnya, sejak alfaqir ikuti pengajian beliau sejak tahun 2006 . Selalu beliau nyatakan hasrat dan keinginan iaitu ingin melihat ummat Islam di Negeri Kedah khususnya berkumpul beramai-ramai di suatu lapangan yang luas, datang berpakaian serba putih, tidak ada tujuan politik, tidak ada kepentingan mana-mana parti, melainkan datang semata-mata untuk berzikir kepada Allah swt dan memuji Rasulullah saw. Dengan hati yang bening berkumpul untuk menarik Rahmat Allah swt.

Kini ku berada di benua Afrika.. Sudan, jauh dari tanah air dan Negeri Kedah kecintaanku. 'Ala kulli hal Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk meraih ilmu bersama ulama' di sini. Walaupun diri ini tidak dapat hadir pada majlis yang sekian lama diinginkan oleh Syeikhuna nanti, insyaAllah mudah-mudahan hati ini hadir. T_T

Jangan lupa kami dalam kebaikan doa kalian...




JANGAN LEPASKAN PELUANG INDAH DAN SYAHDU INI

~Masih tergambarkah ketika 4 mac 2011 anda bersama hampir 4000 pencinta rasul berpakaian putih di kediaman rasmi MB..?? penuh syahdu berzikir, berselawat lalu berdoa untuk hadir lagi dalam majlis seumpama itu

Alhamdulilah… kini untuk kali keduanya kita himpunkan lebih ramai lagi bagi memastikan semua kita dapat merasai suasana penuh syahdu dan indah itu.
Bayangkan untuk kali ini sasaran kita 8000 pencinta Rasul saw berkumpul.
Semua bertahlil seorang 100 kali, tasbih ,tahmid, takbir,berselawat 100 kali, semua menadah tangan bermunajat berdoa kepada Allah
Sedarkah kah kita pada hari itu sebenarnya kita mengumpulkan
- 800 000 kali tahlil,
- 800 000 kali tasbih, tahmid takbir,
- 800 000 kali selawat,
- 1 600 000 tangan menadah memohon doa untuk kita dan keluarga serta kepada yang telah meninggal memerlukan doa dari kita juga kesejahteraan negeri kedah dan Ummah
Ayuh pastikan anda tidak ketinggalan pada 08.07.2011 di stadium sultan abd.halim

YANG MAMPU ANDA LAKUKAN
SEBELUM 8 JULAI

1. *TANAMKAN AZAM DAN NIAT UNTUK HADIR BERSAMA PADA 8 JULAI 2011.

2. * BERAZAM UNTUK MEMBAWA SELURUH AHLI KELUARGA AGAR MEREKA JUGA MENDAPAT MENAFAATNYA.

3. * BERAZAM UNTUK MENGAJAK 10 RAKAN/JIRAN YANG LAIN UNTUK HADIR.

4. * MAKLUMKAN KEPADA RAKAN TAULAN, JIRAN MELALUI POSTER EDARAN HANDBILL SMS, TELEFON, FACEBOOK, BLOG LAMAN WEB DAN SEBAGAINYA. DI MASJID DAN SURAU SERTA MAJLIS ILMU DAN KERAMAIAN.

5. * INGATKAN DAN PESAN KEPADA MEREKA UNTUK TIDAK LUPA TARIKH 8 JULAI

6. * BANYAK KAN SELAWAT, ZIKIR DAN ISTIGHFAR SUPAYA KEHADIRAN KITA DENGAN HATI YANG BERSIH ( CADANGAN 5000 SELAWAT DAN 5 000 ISTIGHFAR)

7. * SEDIAKAN PAKAIAN PUTIH UNTUK MAJLIS.

8. * HANTARAN BORANG TAHLIL KHUSUS UNTUK ARWAH KEPADA MAAHAD DARUL HADIS ATAU MANA-MANA KELAS PENGAJIAN PAKSI SEBELUM 8 JULAI.

Pada 8 Julai.

Pastikan saudara-saudara..

~Niatkan hadir semata-mata kerana Allah swt untuk mengagungkan dan memuji Allah swt &
Rasulullah saw.
~ Berpakaian putih dan berwangian serta bawa sedikit juadah.
~ Sudah tiba sebelum jam 7.50 pagi.
~ Penuhi tiap permintaan daripada pengacara dan syeikh.
~ Bersama-sama mengikuti majlis hingga tamat.

MAKLUMKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI

SEORANG YANG HADIR ATAS JEMPUTAN ANDA ... SETIAP AMALANNYA SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT PAHALA NYA JUGA UNTUK ANDA . REBUTLAH PELUANG INI ... YANG BUKAN SELALU DATANG..... via ~ (lantunan-mahabbah)

No comments:

Post a Comment