Wednesday, April 27, 2011

Mimpi & Pengalaman Syeikh Abdul Rahman as-Sudais..

~Imam Besar Masjidil Haram~

1. Laporan Jemaah Khuruj.

Satu jemaah dalam perjalanan khuruj dakwah ke United Kingdom, pesawat berhenti (sementara) di lapangan terbang Moscow, Rusia. Seorang daripada kami diputuskan untuk melaungkan azan dan seorang lagi menjadi imam setelah kami bermesyuarat. Selepas menyempurnakan solat, kami melihat Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdur Rahman as Sudais turut bersama-sama kami di dalam solat itu.

Sheikh telah meletakkan tangannya di bahu kami dan berkata, "Antum min Jama'atid Da'wah?" (Adakah anda semua daripada jemaah da'wah?') Kami menjawab, "Alhamdulillah, kami sedang berada di jalan Allah, dan kami berhenti di sini buat sementara waktu (transit ke UK)."

Sheikh senyum kepada kami dan berdoa dan berkata; "Di dalam dunia ini yang penuh dengan kemungkaran, tiada jemaah yang dilihat membawa kebaikan seperti kamu semua lakukan."

Allah Swt telah memberi Sheikh kecintaan kepada kami, sehingga beliau telah memberi kad nama beliau kepada kami dan berkata, "Bila-bila sahaja kamu datang ke Mekah untuk Haji, umrah atau apa sahaja, temuilah saya."

Selepas beberapa lama daripada peristiwa itu, beberapa orang daripada jemaah itu pergi ke Mekah. Mereka hendak berjumpa dengan Sheikh tetapi pengawal keselamatan telah menghalang mereka. Namun, selepas menunjukkan kad yang diberi oleh Sheikh, mereka membenarkan jemaah itu berjumpa dengan Sheikh.

Sheikh Abdur Rahman as Sudais memeluk mereka dan mengalu-alukan ketibaan jemaah itu, dan memperkenalkan jemaah dengan ulama-ulama besar di sana dan berkata, "Kami adalah Imam-Imam bagi dunia ini dan mereka (jemaah itu) adalah Imam kami, kami pernah bersolat di belakang mereka."

2. Mimpi Syeikh Abdul Rahman asSudais.

Pada suatu malam, Sheikh Abdur Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram melihat Rasulullah s.a.w di dalam mimpinya. Di dalam mimpinya itu, satu jenazah sedang diangkat dan Rasulullah s.a.w sedang menunggu jenazah itu. Sheikh Sudais bertanya jenazah siapakah itu, dan Rasulullah s.a.w berkata kepadanya bahawa jenazah itu adalah jenazah Umar Palampuri daripada al-Hind (benua India).

Selepas bangun daripada tidurnya, Sheikh Sudais mencari-cari siapakah Umar Palanpuri dan mendapat tahu bahawa Umar Palanpuri adalah seorang ulama' besar di dalam Jemaah Tabligh dan baru sahaja meninggal dunia. Kemudian, beliau menulis satu surat takziah kepada anak Maulana Umar Palanpuri, iaitu Maulana Yunus, di mana beliau telah meriwayatkan mimpi beliau itu.

Maulana Yunus Palanpuri kemudiannya telah membaca surat daripada Sheikh Sudais kepada saudara-saudara Arab yang berada di perhimpunan di Nizamuddin, Delhi. Salah seorang daripada saudara Arab yang hadir di perhimpunan itu meriwayatkan kisah ini kepada bapa saya, dan daripada saya kini telah sampai kepada kamu sekalian.

Sheikh Abdur Rahman as Sudais pernah menziarahi Masjid Madni markaz tabligh di Karachi, Pakistan pada 18.7.2010.

Rakan-rakan seusaha di fb dalam perbincangan karguzari(laporan) ini, ada memberi karguzari bahawa Syeikh As-Sudais pernah menghadiri Ijtima Tongi dan pernah khuruj 40 hari ke Afrika. Boleh ke pautan (klik disini)

Beberapa kisah Maulana Umar Palanpuri di blog Ustaz Hambali - (klik disini)

Syeikh Abdul Rahman Sudais ke India bulan April baru-baru ini turut menziarahi Markaz Nizamuddin yang merupakan pusat utama penyebaran usaha dakwah dan tabligh, dengan melanjutkan ziarah beliau ke Malaysia.

Wallahu a'lam.

sumber: ~karkuzaridakwahiman~

sedikit komentar:~ saudara-saudaraku yang dimuliakan Allah swt, kita perlulah menjaga Ukhwah Islamiyah sesama kita kerana kita Ummat Islam adalah Ummat Yang Satu. Cubalah berlapang dada dengan hati yang terbuka dan mempunyai adab dalam perbezaan pendapat dengan saudara seIslam kita walaupun apa jua pegangan dan manhaj mereka. Janganlah disebabkan perkara furu', feqah, ijtihadiyah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan kita ummat Islam berpecah ya..

Muliakan orang-orang alim (Ulama'), hormati mereka dan jangan sesekali cakap keburukan mereka. BAHAYA! Nabi saw bersabda: "Ulama' adalah pewaris para Nabi a.s", kalau tidak hormat ulama' sama seperti tidak hormat Nabi. Hak ulama' perlu ditunaikan iaitu memuliakan mereka walaupun berbeza fikrah dan manhaj dengan kita. Ulama' tetap ulama', walaupun ada kejanggalan yang mereka perkatakan dan lakukan. Kesilapan mereka suatu perkara biasa. Sebab ulama' adalah pilihan Allah, bukan pilihan sendiri.

Nabi saw bersabda: "Siapa yang diinginkan Allah swt kebaikan padanya, maka akan diberi kefahaman ilmu agama.." Nabi saw beritahu siapa yang Allah swt ingin. Jadi, siapa yang diberi ilmu tu adalah orang pilihan Allah swt. Hak kita sesama kaum muslimin memuliakan mereka sebab dengan kalimah iman yang ada pada mereka. Inikan pula ulama' lagi-lagi perlu dimuliakan dan dihormati sebab mereka ada ILMU NUBUWWAH (ilmu kenabian).

Ummat Islam perlulah memberi manfaat dan kebaikan pada orang lain. Bukan menjatuhkan, bergaduh sesama sendiri disebabkan perkara-perkara kecil dan remeh. Perbezaan pendapat dan pandangan dalam kalangan ummat Islam kita serahkan pada ahlinya iaitu para Ulama'.

Dan kita sebagai ummat Islam perlulah taat perintah Allah swt, tinggal larangan-Nya dan mengikuti sunnah Rasulullah saw dengan panduan ulama'. Tuntut ilmu, fahami ilmu dan beramal dengan ilmu kerana menjadi hak ilmu untuk diamalkan. Jaga akhlak dan wujudkan sifat kasih-sayang sesama kaum muslimin. Moga diriku dan kalian diberi taufiq dan kekuatan oleh Allah swt untuk beramal, Allahumma aminn.. barakallahu fiikum waAllahu`alam.... ^_^

6 comments:

  1. SEANDAINYA SAJA SYEIKH ABDURRAHMAN AS-SUDAIS ADALAH JAMAAH TABLIGH, MAKA KARAMLAH KAPAL DILAUT YANG TENANG, AKAN TERAPUNGLAH BATU YANG BERAT.

    ReplyDelete
  2. Q sebagai ank pondok pesanteren nurul hakim sangat kagum dengan impormasi ini, jazakummullah hu khairon kasiron.

    ReplyDelete
  3. sekali lagi ku mengatakan jazakumullah hu khairon kasiron, by. ayaf community/ AKHI.sarapuddin

    ReplyDelete
  4. astagfirullah ,dusta apalagi ini , nauzdubillahmindzalik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dusta apalagi.... kau tanyalah ke syech As Sudais hafizullah.... kau siapkan bahasa arab baik jangan bahasa england ya.....

      Delete
  5. Be good to all human beings. Help them to solve their problems and you will be rewarded handsomely by The Almighty!

    ReplyDelete