Monday, January 30, 2012

Tuan Guru al-Musnid Muhajir Makki Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin (Pondok Penanti) kembali ke Rahmatullah.

Al-Fatihah
Innalillahi wainna ilaihi raji'un...

Tuan Guru Hj Salleh bin Sheikh Osman Jalaluddin merupakan tuan guru di Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam atau lebih dikenali dengan Pondok Penanti telah kembali menemui Illahi pada 29 Jan 2012 di Mekah pukul 12.00 tengahari waktu Saudi; 5petang waktu Malaysia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amiin!

Al-Marhum Tuan guru merupakan anak lelaki kepada ulama terkenal iaitu Sheikh Osman Jalaluddin yang meruapakn pengasas Pndok Penanti. Beliau merupakan salah seorang Syura Jemaah Tabligh di Malaysia ini. Beliau memperolehi dua kerakyatan iaitu Malaysia dan juga Saudi. Kalau tidak salah akhir tahun 1990an kerajaan Malaysia meminta beliau memilih hanya satu kerakyatan sahaja, maka beliau memilih kerakyatan Saudi. Sejak dari itu beliau hanya pulang sekali sekala, namun jika ada program Ijtimak di Malaysia beliau tidak ketinggalan akan pulang dan hadir bersama.


Penglibatan beliau di dalam Jemaah Tabligh setelah ditashkil oleh Maulana Lutfurrahman Bangladesh untuk keluar 4 bulan sekitar tahun 1970-an. Namun begitu beliau telah pun bersama dengan Maulana Yusof melakukan Jaulah/ghast di Mekah ketika rombongan jemaah Maulana Yusof rah datang ke Mekah cumanya belum keluar lagi ketika itu. Setelah keluar 4bulan beliau menjadi penggerak utama jemaah dan sering menjalankan jaulah khususi gulongan khawas bersama Ust. Arabi Penanti ketika itu.


Kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh di Malaysia sekitar akhir 70-an dan awal 80-an banyak terhasil daripada beliau. Ketika itu masyarakat kurang faham dan kurang senang dengan Jemaah Tabligh namun beliau tampil menjelaskan dan keluar beberapa hari bersama jemaah serta jaulah/ghast dari rumah ke rumah walaupun terpaksa menanggung malu dan cacian.


Di sebabkan beliau adalah seorang alim maka kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh sedikit demi sedikit terungkai di dalam masyarakat khususnya di kawasan utara semenanjung. Pertama kali penulis bertemu beliau ialah pada 2006 di Ijtimak Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang ketika itu penulis berumur 16 tahun. Kali kedua pada tahun 2008 ketika ingin menziarahi ayah angkat penulis di dalam bilik syura malaysia, Masjid Sri Petaling iaitu Sayyidi al-Walid Ust. Muhammad Said juga merupakan salah seorang Syura Malaysia. Ketika masuk ternyata disamping sayyidi al-walid ialah Tuan Guru Hj Salleh rahimahullah. Dan kali terakhir pada Julai 2009 di Klia ketika penulis akan berangkat ke Sudan.


Kematian beliau mengiringi kematian Haji Khalid Bhai (syura Malaysia) yang meninggal baru-baru ini. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua. amin.