Wasiat Sa’ad bin Rabi’:
Diantara tubuh yang bergelimpangan. Darah merah segar mengalir dari luka-luka akibat sayatan pedang atau tusukan panah. Wajah-wajah sahabat yang selamat terlihat kecewa dan terluka.
Nabi Muhammad SAW duduk dengan luka parah di dahinya sementara dua giginya tanggal akibat pukulan seorang tentara musuh. Tiba-tiba ingatan tentang seseorang membuatnya berdiri dan berujar lantang:
"Wahai sahabatku sekalian! Adakah seseorang mau mencarikan untukku Sa’ad bin Rabi’ masih hidupkah ia ataukah sudah tiada?"
Berdiri seorang sahabat ansar :
"Aku akan melakukannya untukmu, ya Rasulullah.."
Diapun segera menelusuri tubuh-tubuh yang bergeletakan di tanah pegunungan Uhud. Bau amis darah tercium disana sini. Dibaliknya beberapa tubuh yang tengkurap dan berusaha mengenali wajah mereka sebab darah dan tanah yang bercampur jadi satu membuat sebagian wajah tak mampu lagi dikenali.
Dia mendapati Sa’ad bin Robie’ diantara mereka dan panah menancap di dadanya. Dipegangnya pergelangan tangannya untuk merasakan denyut nadi dan dia merasakan masih ada sisa nafas yang tersisa.
"Kawan, aku diperintahkan Rasulullah saw untuk melihat keadaanmu masih hidupkah engkau ataukah telah mati?"
Sahabat ansar itupun segera menyampaikan keadaan dan perkataan Sa’ad kepada Rasulullah. Beliau terdiam sejenak lantas mendoakan Sa’ad:
"Ya Allah.. Sayangilah dia.. Karena dia selalu memberi nasihat dan mengajak umat kepada kebaikan hidup dan matinya.."
Dalam peperangan Uhud inilah Rasulullah saw telah bertanya: “Bagaimanakah keadaan Sa’ad bin Rabi’ ? Apakah yang telah berlaku kepadanya?” Rasulullah saw telah menghantar seorang sahabat untuk mencari beliau. Sahabat tersebut telah pergi mencari beliau di kalangan para syuhada’ sambil menyeru namanya kalau-kalau beliau masih hidup. Kemudian beliau melaung mengatakan, “Saya telah dihantarkan oleh Rasulullah untuk mengambil tahu keadaan Sa’ad bin Rabi’.”
Lantas kedengaran satu suara yang lemah datang dari suatu penjuru. Beliau terus maju ke sana dan setibanya di sana beliau mendapati Sa’ad sedang terbaring antara tujuh orang yang telah terbunuh dalam keadaan nyawa yang sudah terputus-putus. Apabila sahabat itu tiba hampir dengannya, Sa’ad telah berkata kepadanya, “Sampaikan salamku kepada Nabi saw dan katakan kepada Baginda semoga Allah swt membalasi Baginda bagi pihak saya, balasan yang lebih baik dan lebih afdal daripada sebaik-baik perkara yang pernah Allah swt balasi mana-mana Nabi bagi pihak ummatnya. Sampaikan salam juga pesananku kepada orang-orang Islam bahawa kalaulah orang-orang kafir mendekati Rasulullah saw dan walaupun hanya tinggal di kalangan kamu seorang yang masih berkelip salah satu daripada matanya maka satu pun alasan kamutidak akan diterima oleh Allah swt” Dengan berkata demikian beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Perbuatan Anas bin Nadhr r.a:
Semasa orang-orang Islam mengalami kekalahan dalam peperangan Uhud ada orang yang menyebarkan khabar angin bahawa Rasulullah saw juga telah syahid. Berita yang begitu mencemaskan itu memberi kesan yang mendalam terhadap para sahabat. Oleh sebab itu, semangat mereka bertambah lemah lagi.
Ketika Anas bin Nadhr r.a. sedang berjalan, beliau ternampak satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang Muhajirin dan Ansar termasuk Saidina Umar dan Talhah r.a. Mereka semua dalam keadaan gelisah. Anas telah bertanya, “Apakah yang sedang berlaku? Aku nampak semua orang Islam dalam keadaan sedih dan gelisah.”
Mereka menjawab, “Rasulullah saw telah syahid.”
Anas r.a. lalu berkata, “Apa guna kamu hidup setelah ketiadaan Rasulullah? Ambillah pedang kamu. Ayuh! Kita maju untuk syahid.”
Anas r.a sendiri telah menghunus pedang di tangannya lalu merempuh masuk ke dalam kumpulan orang-orang kafir dan terus berperang sehingga beliau gugur syahid.
Maksud Anas ialah kehidupan mereka tidak berguna lagi sekiranya tidak dapat melihat wajah Baginda saw. Lantaran itulah beliau telah mengorbankan nyawanya.
Kesyahidan Wahab bin Qabus r.a:
Wahab bin Qabus ra. Ialah seorang sahabat yang telah memeluk Islam sejak beberapa lama. Beliau tinggal di rumahnya yang terletak di sebuah kampung. Beliau ialah pengembala kambing. Beliau telah datang ke Madinah bersama anak saudaranya dengan membawa beberapa ekor kambing yang diikat dengan tali. Beliau telah bertanya, “Dimanakah Rasulullah saw?” Beliaudiberitahu bahawa Baginda saw telah pergi berperang Uhud. Beliau terus meninggalkan kambingnyadan pergi menemui Rasulullah saw.
Dalam pada itu, sekumpulan orang-orang kafir telah datang menyerang Rasulullah saw. Baginda saw bersabda, “Sesiapa yang dapat meleraikan mereka akan menjadi temanku di syurga.”
Wahab ra. Mula menghayun pedangnya dengan kuat dan telah meleraikan mereka. Keadaan yang sama berlaku pada kali kedua dan demikian juga pada kali ketiga. Rasulullah saw telah menyampaikan berita gembira tentang syurga kepadanya. Mendengarkan perkhabaran itu beliau lantas menyerbu ke dalam kumpulan musuh dengan pedangnya dan akhirnya beliau telah gugur syahid.
Sa’ad bin Abi Waqqas r.a berkata, “Saya tidak pernah melihat keberanian dan keperwiraan seumpama Saidina Wahab r.a dalam mana-mana peperangan pun. Setelah beliau syahid saya telah melihat Rasulullah saw berdiri bertentangan kepala beliau sambil berkata berkali-kali, “Semoga Allah swt redha denganmu. Aku pun telah redhamu.” Selepas itu Baginda saw mengkebumikan beliau dengan tangan Baginda saw sendiri walaupun Baginda saw turut tercedera dalam peperangan tersebut.”
Saidina Umar r.a sering berkata: “Aku tidak pernah cemburu terhadap amal siapa pun sebagaimana aku cemburu dengan amal Saidina Wahab r.a Aku ingin supaya aku hadir di hadapan Allah swt dengan membawa buku amalan seperti beliau.”
Saidina Umar r.a mencemburui beliau semata-mata kerana satu amalan yang khusus lagi hebat iaitu pengorbanan nyawa. Walhal Umar r.a sendiri dan para sahabat yang lain mempunyai amalan-amalan yang lebih jauh hebat dan mengatasi amalan Wahab ra.
Doa Abdullah bin Jahsh dan Saad bin Abi Waqqas r.a:
Dalam peperangan Uhud, Abdullah bin Jahsh telah berkata kepada Saad bin Abi Waqqas, ‘Marilah kita berdoa bersama-sama. Setiap orang doa berdoa sesuai dengan keinginannya dan seorang lagi mengaminkan doa itu maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke suatu penjuru dan berdoa.
Mula Saad bin Abi Waqqas berdoa, “Ya Allah, esok, sewaktu peperangan berlaku, tentukanlah untukku lawan yang sangat berani dan dia melawan dengan bersungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku juga menyerangnya dengan hebat. Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanMu dan supaya dapat aku miliki harta rampasan.” Maka Abdullah r.a telah mengatakan, “Amiin..”
Selepas itu Abdullah r.a pula berdoa, “Ya Allah, esok dalam medan peperangan, temukanalah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan sungguh-sungguh dan dia pun akan melawanku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari Akhirat apabila dibentangkan amalandi hadapanMu, Engkau akan berkata, “Wahai Abdullah, kenapakah hidung dan telingamu telah dipotong?” Lalu aku akan menjawab, “Ya Allah, hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalanMu dan di jalan RasulMu.” Kemudian Engkau akan berkata, “Benarlah, ia telah dipotong dijalanKu.” Saad bin Abi Waqqas pun berkata, “Amiin..”
Pada keesokan hari, peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana telah dipinta (Tarikhul Khamis). Hazrat Saad r.a berkata, “Doa Abdullah bin Jahsh lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dijahit dengan benang.”
Dlam peperangan Uhud itulah, pedang Saad bin Abi Waqqas telah padah. Rasulullah saw telah memberi kepada beliau sebatang ranting yang kemudiannya bertukar menjadi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau. Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar.
No comments:
Post a Comment