.....بسم الله الرحمن الرحيم
aku menerima mesej dari Yahoo Messenger 2 malam lepas dari akhuna Fazli..
Fazli : "esok minum air tebu...??"
Allahu Akbaar.. betapa gembiranya diri ini mendapat mesej tersebut kerana sepanjang keberadaanku di Sudan belum ku pernah minum air tebu. Hanya sekali di Mekah dan sekali di Madinah saat menunaikan haji tahun lepas. Tempat dan waktu untuk berjumpa sudah ditetapkan terlebih dahulu, iaitu di Suq 'Arabiy terletak di Bandar Khartoum.
solat zuhur di Masjid Jami'ah..
Tika suhu 43 darjah darjah celsius, aku menaiki hai'es menuju ke Suq 'Arabiy sendirian kerana akhuna telah berada di Khartoum tika itu. Dengan tambang sebanyak 1 juneh (rm1.40) sahaja. Kami terus menuju ke kedai yang jual air tebu tersebut.. Kedai tersebut tidaklah terlalu besar, kerana hanya menjual air tebu sahaja...
Mesin menghasilkan air tidaklah sama seperti kulihat di Malaysia kerana mesin tersebut lebih selamat digunakan berbanding mesin tebu di Malaysia, yang jika lalai sedikit silap hari bulan boleh terkorban jari :( Setelah tebu dibersihkan, terus dimasukkan kedalam mesin tesebut dan menghasilkan air tebu yang segar..
saat pertama kali menikmati kesegaran air tebu Sudan.. :)
aku pesan 2 gelas air tebu, 1 untukku dan 1 lagi untuk akhuna Fazli. Alhamadulillaah... betapa nikmatnya minum air tebu ais yang diminum dalam keadaan panas bumi Sudan ketika itu. Segelas besar.. syukrulillah 'ala hazihin ni'mah :) dan kutambah segelas air tebu lagi sebelum pulang..
Sifat Allah s.w.t~
Allah s.w.t tidaklah menjadikan sesuatu ciptaanNya secara sia-sia, bahkan ada kebaikan yang tidak kita ketahui secara keseluruhannya... Dialah Yang Maha Mengetahuai segala sesuatu. Jadi, tidak ada sesuatu yang terlepas dari pengetahuan Allah s.w.t. hatta bergeraknya sebutir pasir yang halus didalam lautan yang gelap, gugurnya sehelai daun didalam hutan yang tebal juga dalam pengetahuan Allah s.w.t.
Jadilah berwaspadalah kita dalam menjalani kehidupan seharian kerana tiap detik dan waktu kita berada dalam pengetahuan Allah s.w.t. yang bersifat dengan sifatNya "العليم".
Khasiat air tebu~
Tentu kita pernah menikmati kesegaran air tebu. Tambah-tambah jika diteguk di tengah cuaca panas atau saat berbuka puasa. Selain manis lazat, tebu juga kaya dengan khasiat kerana dapat melegakan batuk, panas dalam badan juga meredakan jantung berdebar. Subhanallah.. tebu dijadikan dengan rasanya yang manis.
Pada tebu juga terdapat penawar sebagai anti-diabetis, jadi untuk pesakit diabetis bolehlah minum air tebu yang segar. Awas! dilarang minum gula walaupun gula hasil yang diproses dari tebu.
Kemanisan air tebu dikalahi dengan kemanisan iman...
Rasulullah صلى الله عليه السلم bersabda: "ada 3 perkara, yang jika 3 perkara itu ada pada seseorang. Maka dia akan merasai kemanisan iman iaitu:
1~ Allah dan Rasul lebih dia cintai daripada selain keduanya,
2~ mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah,
3~ benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.."
Rasulullah صلى الله عليه والسلم bersabda: "pandangan adalah panah beracun dari anak panah iblis, Allah s.w.t. berfirman : barangsiapa yang menunggalkannya kerana takut padaku, maka akan ku ganti dengan kemanisan iman yang dia dapat rasai dihatinya..."
-semoga daku dan kalian dapat merasai kemanisan iman juga kemanisan dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. amin Allahumma amin,.,.
cuba tanya pada diri ~ "adakah kita sudah merasai kemanisan iman...??"
wahai Allah..
jika Engkau beri peluang padaku untuk merasai kesegaran dan kemanisan air tebu di bumi Sudan ini, berikanlah juga kepadaku dan mereka untuk merasai kemanisan iman..
jika Engkau beri peluang padaku untuk merasai kesegaran dan kemanisan air tebu di bumi Sudan ini, berikanlah juga kepadaku dan mereka untuk merasai kemanisan iman..
No comments:
Post a Comment