Sunday, December 27, 2009

Seseorang Akan Bersama Orang Yang Dia Cintai..



salam habibana di Maahad az-Zein, Bogor Muharram 1430h

antara nasihat beliau: "Marilah kita bertawajjuh kepada Allah s.w.t. Dihadapan kita ada nafsu yang jahat, dari pelbagai fitnah dunia dan syaitan dari kalangan jin dan manusia, dan fitnah yang mengganggu kita dan anak-anak kita yang bakal menjadi mangsa fitnah tersebut..
Apabila kita minta pada Allah, pasti Dia akan menolong kita..
Bila kita minta Rahmat Allah, Dia pasti merahmati kita..
Bila kita jujur pada Allah, Dia pasti akan bantu kita.."

kata beliau lagi: "Tanpa menahan hawa nafsu manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali, dan kedekatan manusia terhadap Allah s.w.t menurut kadar pembersihan jiwanya.."

Tuesday, December 22, 2009

Kedatangan Guru Mulia..


HIMPUNAN RIBUAN UMAT ISLAM

DI DALAM:


MAJLIS BERSAMA ULAMA' BESAR DARI

HADRAMAUT
, YAMAN

"ad-Da'ie illallah al-Musnid al-Hafidz
al-
Murabbi al-Habib Umar bin Hafidz"

PADA 24 MUHARRAM 1431H

BERSAMAAN

10 JANUARI 2010 (AHAD)

BERTEMPAT DI MASJID AL-FALAH USJ9,

SUBANG JAYA,SELANGOR

JAM 6 PETANG HINGGA 10 MALAM

http://alfalahusj9.blogspot.com/

datanglah beramai-ramai
p/s: sebar-sebarkanlah pada muslimin muslimat..

Monday, December 21, 2009

Kenangan Tetamu ar-Rahman..

Hajj 1430h

"Ketahuilah tiada yang lebih mencintai kita melebihi Allah سبحانه وتعالى, hanya Dialah سبحانه وتعالى yang mengasuh kita dengan sabar, mulai kita di alam rahim, lalu lahir dan mewakilkan kasih sayangNya kepada ibunda kita, Dia سبحانه وتعالى terus mengasuh kita, jika dosa bertapak didalam jiwa maka Dia سبحانه وتعالى Meletakkan penyucinya iaitu musibah, penyakit, gundah, dll yang kesemua nya itu penghapus dosa sebagaimana belasan Hadits Shahih riwayat Imam Bukhari dalam Shahih nya dan Imam Muslim dalam Shahih nya, bahwa semua musibah bahkan kegundahan hati pun merupakan penghapusan dosa."