Wednesday, April 27, 2011

Mimpi & Pengalaman Syeikh Abdul Rahman as-Sudais..

~Imam Besar Masjidil Haram~

1. Laporan Jemaah Khuruj.

Satu jemaah dalam perjalanan khuruj dakwah ke United Kingdom, pesawat berhenti (sementara) di lapangan terbang Moscow, Rusia. Seorang daripada kami diputuskan untuk melaungkan azan dan seorang lagi menjadi imam setelah kami bermesyuarat. Selepas menyempurnakan solat, kami melihat Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdur Rahman as Sudais turut bersama-sama kami di dalam solat itu.

Sheikh telah meletakkan tangannya di bahu kami dan berkata, "Antum min Jama'atid Da'wah?" (Adakah anda semua daripada jemaah da'wah?') Kami menjawab, "Alhamdulillah, kami sedang berada di jalan Allah, dan kami berhenti di sini buat sementara waktu (transit ke UK)."

Sheikh senyum kepada kami dan berdoa dan berkata; "Di dalam dunia ini yang penuh dengan kemungkaran, tiada jemaah yang dilihat membawa kebaikan seperti kamu semua lakukan."

Allah Swt telah memberi Sheikh kecintaan kepada kami, sehingga beliau telah memberi kad nama beliau kepada kami dan berkata, "Bila-bila sahaja kamu datang ke Mekah untuk Haji, umrah atau apa sahaja, temuilah saya."

Selepas beberapa lama daripada peristiwa itu, beberapa orang daripada jemaah itu pergi ke Mekah. Mereka hendak berjumpa dengan Sheikh tetapi pengawal keselamatan telah menghalang mereka. Namun, selepas menunjukkan kad yang diberi oleh Sheikh, mereka membenarkan jemaah itu berjumpa dengan Sheikh.

Sheikh Abdur Rahman as Sudais memeluk mereka dan mengalu-alukan ketibaan jemaah itu, dan memperkenalkan jemaah dengan ulama-ulama besar di sana dan berkata, "Kami adalah Imam-Imam bagi dunia ini dan mereka (jemaah itu) adalah Imam kami, kami pernah bersolat di belakang mereka."

2. Mimpi Syeikh Abdul Rahman asSudais.

Pada suatu malam, Sheikh Abdur Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram melihat Rasulullah s.a.w di dalam mimpinya. Di dalam mimpinya itu, satu jenazah sedang diangkat dan Rasulullah s.a.w sedang menunggu jenazah itu. Sheikh Sudais bertanya jenazah siapakah itu, dan Rasulullah s.a.w berkata kepadanya bahawa jenazah itu adalah jenazah Umar Palampuri daripada al-Hind (benua India).

Selepas bangun daripada tidurnya, Sheikh Sudais mencari-cari siapakah Umar Palanpuri dan mendapat tahu bahawa Umar Palanpuri adalah seorang ulama' besar di dalam Jemaah Tabligh dan baru sahaja meninggal dunia. Kemudian, beliau menulis satu surat takziah kepada anak Maulana Umar Palanpuri, iaitu Maulana Yunus, di mana beliau telah meriwayatkan mimpi beliau itu.

Maulana Yunus Palanpuri kemudiannya telah membaca surat daripada Sheikh Sudais kepada saudara-saudara Arab yang berada di perhimpunan di Nizamuddin, Delhi. Salah seorang daripada saudara Arab yang hadir di perhimpunan itu meriwayatkan kisah ini kepada bapa saya, dan daripada saya kini telah sampai kepada kamu sekalian.

Sheikh Abdur Rahman as Sudais pernah menziarahi Masjid Madni markaz tabligh di Karachi, Pakistan pada 18.7.2010.

Rakan-rakan seusaha di fb dalam perbincangan karguzari(laporan) ini, ada memberi karguzari bahawa Syeikh As-Sudais pernah menghadiri Ijtima Tongi dan pernah khuruj 40 hari ke Afrika. Boleh ke pautan (klik disini)

Beberapa kisah Maulana Umar Palanpuri di blog Ustaz Hambali - (klik disini)

Syeikh Abdul Rahman Sudais ke India bulan April baru-baru ini turut menziarahi Markaz Nizamuddin yang merupakan pusat utama penyebaran usaha dakwah dan tabligh, dengan melanjutkan ziarah beliau ke Malaysia.

Wallahu a'lam.

sumber: ~karkuzaridakwahiman~

sedikit komentar:~ saudara-saudaraku yang dimuliakan Allah swt, kita perlulah menjaga Ukhwah Islamiyah sesama kita kerana kita Ummat Islam adalah Ummat Yang Satu. Cubalah berlapang dada dengan hati yang terbuka dan mempunyai adab dalam perbezaan pendapat dengan saudara seIslam kita walaupun apa jua pegangan dan manhaj mereka. Janganlah disebabkan perkara furu', feqah, ijtihadiyah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan kita ummat Islam berpecah ya..

Muliakan orang-orang alim (Ulama'), hormati mereka dan jangan sesekali cakap keburukan mereka. BAHAYA! Nabi saw bersabda: "Ulama' adalah pewaris para Nabi a.s", kalau tidak hormat ulama' sama seperti tidak hormat Nabi. Hak ulama' perlu ditunaikan iaitu memuliakan mereka walaupun berbeza fikrah dan manhaj dengan kita. Ulama' tetap ulama', walaupun ada kejanggalan yang mereka perkatakan dan lakukan. Kesilapan mereka suatu perkara biasa. Sebab ulama' adalah pilihan Allah, bukan pilihan sendiri.

Nabi saw bersabda: "Siapa yang diinginkan Allah swt kebaikan padanya, maka akan diberi kefahaman ilmu agama.." Nabi saw beritahu siapa yang Allah swt ingin. Jadi, siapa yang diberi ilmu tu adalah orang pilihan Allah swt. Hak kita sesama kaum muslimin memuliakan mereka sebab dengan kalimah iman yang ada pada mereka. Inikan pula ulama' lagi-lagi perlu dimuliakan dan dihormati sebab mereka ada ILMU NUBUWWAH (ilmu kenabian).

Ummat Islam perlulah memberi manfaat dan kebaikan pada orang lain. Bukan menjatuhkan, bergaduh sesama sendiri disebabkan perkara-perkara kecil dan remeh. Perbezaan pendapat dan pandangan dalam kalangan ummat Islam kita serahkan pada ahlinya iaitu para Ulama'.

Dan kita sebagai ummat Islam perlulah taat perintah Allah swt, tinggal larangan-Nya dan mengikuti sunnah Rasulullah saw dengan panduan ulama'. Tuntut ilmu, fahami ilmu dan beramal dengan ilmu kerana menjadi hak ilmu untuk diamalkan. Jaga akhlak dan wujudkan sifat kasih-sayang sesama kaum muslimin. Moga diriku dan kalian diberi taufiq dan kekuatan oleh Allah swt untuk beramal, Allahumma aminn.. barakallahu fiikum waAllahu`alam.... ^_^

Sunday, April 24, 2011

Perayaan Mahabbah...


Assalamu`alaikum wbt...

Perayaan dan sambutan yang diadakan setiap tempat seperti dimaklumi dalam majalah dan selainnya.

Saya menyeru anda semua mengingati sebuah kisah perayaan besar, agung, dan mulia yang dibina pada suatu tempoh yang tidak akan dilupakan sejarah. Ditulis dalam banyak kitab, majalah yang mengasaskannya adalah seorang lelaki, universal dan terkenal.

Tidak dapat menyerupai seperti perayaan ini dengannya suatu organisasi yang sangat kukuh dan kuat. Perayaan ini ialah... "Perayaan Kasih Sayang.." ~~kerana Allah.

Sewaktu menuju Madinah alMunawwarah ketika hijrah, juga para sahabat r.a muhajirin dari Mekah. Ketika mereka tiba di Madinah. Di Masjid Rasulullah saw (Masjid Nabawi) para sahabat dari kalangan Ansar berkata kepada Muhajirin.. : "Ahlan.selamat datang" menyambut dengan penuh kasih sayang. Bertemu kerana Allah. Ikatan yang sangat kuat sesama mereka kerana Allah swt. Hal ini suatu keadaan yang begitu agung. Tujuan utama adalah melihat agama menjadi kuat. Ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) akan memperkukuhkan agama ini.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap hamba Allah swt adalah bersaudara.." juga disebutkan dalam riwayat hadis yang lain, "Sesungguhnya yang akan mendapat naungan Allah swt pada hari tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah swt pada hari Kiamat ialah saudara yang berkasih sayang kerana Allah . Bertemu dan berpisah kerana Allah swt.

SubhanaAllah.. kita juga perlu menjalinkan persaudaraan kerana Allah swt, dengan cara mudah. Pertamanya, semua yang kamu kasihi, hatimu tetap padanya. Cintai kerana Allah swt, tiada kepentingan dunia, tiada kepentingan dunia dan selalu katakan padanya; "Uhibuk fillah/ahabbakallah..aku mencintai kerana Allah. Keduanya, jika siapa yang kita kerana Allah swt, mesti kita mengetahui hak mereka dengan sebenar-benarnya. Antara hak tersebut ialah memelihara rahsia-rahsia mereka dan juga menjaga kehormatan/kemulian mereka. Ketiga, jika berlaku sedikit perselisihan faham antara orang berkasih sayang kerana Allah ni, perlulah perselisihan tersebut disembunyikan dan Nabi saw juga melarang dari tidak bertehur melebihi 3 hari. Dan dengan itu insyaAllah kita perkukuhkan ukhwah (persaudaraan) sesama kita.

Juga kalian bersamaku untuk memperbaharui perayaan ini sesama kita.. Perayaan Rasulullah saw... walhamdulillahi Rabbil `Alamiin...

terjemahan dari tausiyah ~alHabib Ahmad Hassan alHabsyi~
dari Jeddah.

Wednesday, April 13, 2011

Jalinkan Ikatan Suci Sesama Kaum Solihin.

~(bersama Syeikh Abd Hamid @ Paksu Mid)~

(bersama akhina Irfan anak Syeikh Niamat Yusuf)

~(bersama Habib Thohir alHaddar dr Yaman)~

~(kiri:Ustaz Nizam)~

~(tengah: Habib Ahmad Hassan alHabsyi dr Jeddah, kanan: Ust Aminuddin)~

~(di Ikim.fm bersama Syeikh Nuruddin alBanjari)~


"Janganlah kalian mensia-siakan persahabatan dengan orang-orang yang mulia, dengan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi Allah swt dan Rasul-Nya saw. Mereka adalah orang yang cahayanya berkilauan. Sinarnya bergemerlapan.."
~Habib Umar bin Hafidz

baca selanjutnya kalam habibana: (klik disini)

Friday, April 8, 2011

Ucapan Habibana Munzir alMusawa حفظه الله تعالى Di Madras an-Nur.


بســــم الله الرحمن الرحيم

"Nabi saw bersabda: Kalau bukan sebab kalian saling wafat satu sama lain akan ku minta pada Allah swt agar kalian mendengar rintihan dan jeritan mereka yang di dalam kubur.."


baca selanjutnya kalam habibana~ (disini)

Monday, April 4, 2011

Serulah Dia.. Panggillah Dia..


Allah swt menerima walaupun sedikit daripada amal kita yang tidak bererti, kemudian Allah swt akan membri ganjaran pahala dengan ganjaran yang amat besar, Dialah Pencipta kita.. Dialah yang mewujudkan kita.. Allah swt yang membentuk tubuh kita.. Dia adalah Tuhan kita.. Dialah yang kita sembah.. Dia yang kita mengharap...

Jadikan semua pandangan kami ini melihat wajah Rasulullah saw pada hari kiamat dan baginda dlm keadaan redha kepada kami semua, ini adalah suatu permintaan yang amat besar, maksud yang sangat luhur, hal yang sangat agung.. maka mintalah daripada Allah, mohonlah hanya kepada Allah, bersungguh2 dalam permohonanmu ini kepada Allah, maka serulah daripada sanubarimu yang terdalam dengan kelembutanNya,

Ketahuilah bahawa Dia mendengar kalian, sungguh Dia melihat kalian, dan Allah swt mengetahui segala2nya daripada kalian, dan Allah swt sedang memerhatikan kalian,..

Serulah Dia.. panggilah Dia.. mohonlah padaNya.. berharaplah padaNya.. Dialah Maha Dermawan.. Dialah Maha Penyayang.. Dialah Tuhan sekelian alam...

Dia mengampuni segala dosa tanpa peduli.. Dia menyayangi tanpa peduli.. Dia menerima segala permintaan tanpa peduli.. Allah swt mngubah orang yang rugi menjadi untung tanpa peduli.. Allah swt mendekatkan orang yang jauh dariNya tanpa peduli.. Allah swt memberi hidayah orang sesat tanpa peduli.. mengangkat darjat sedemikian banyak hamba tanpa peduli.. mengampuni banyak dosa tanpa peduli.. Dia mampu mngubah dosa menjadi pahala tanpa peduli..

Dialah Allah.. yang Maha Kuasa.. yang Maha luas anugerahNya.. yang amat besar kurniaanNya.. maka mohonlah padaNya.. menyerulah padaNya.. bertawakkallah padaNya.. dan rasakanlah bahawa Allah swt lebih dekat dengan diri kita daripada urat leher kita sendiri..

katakanlah: ya Allah.. ya Allahu ya Allaah.. ya Allahu ya Allaah..

tausiyah: alHabib Umar bin Hafidz 1432h