jiwa yang terikat dengan taqwa tidak akan kering dengan belaian kasih sayangNya..
Sunday, October 17, 2010
Saturday, October 9, 2010
Wednesday, September 29, 2010
إنــا لله وإنــا إليه راجــعــون
~: al-Fatihah :~Tuan Guru Haji Abd Lathif رحمه الله تعالى (Pak Teh Keroh)
yang telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 1 pagi,
Khamis 21 Syawal 1431h, 30 September 2010.
Beliau lebih dikenali dengan Pak Teh Kroh, merupakan pengasas dan mudir Madrasah ad-Diniah al-Latiffiah, Kg. Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzwan (Pondok Pak Teh).
Beliau adalah merupakan generasi pertama Pondok Pasir Tumboh,
juga salah seorang Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perak.
Semoga ruh beliau dan ruh-ruh mereka yang telah ke pulang ke Rahmatullah,
diterima, diredhai, dilimpahi Rahmat dan RahimNYA, ALLAH سبحانه وتعالى
dan ditempatkan bersama-sama para Nabiyyin, Siddiqin, Syuhada', Solihin, Muqarrabin
dan Kekasih-Nya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Amiin Allahumma amiin.
Rabbana Taqabbal Minna Bisirril Fatihah...
Sunday, September 26, 2010
Kedatangan Guru Mulia al-Musnid al-Habib Umar bin Hafidz ke Malaysia.

Program Da'wah Ilmiah bersama Guru Mulia al-Musnid al-Habib Umar bin Hafidz ke Malaysia
Zulqaedah 1431h.
Bersempena Majlis Haul al-Imam al-Habib Abdullah Alawi al-Haddad:
~ 15 Oktober 2010 di Masjid al-Bukhari Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur; 5.30ptg.
~ 16 Oktober 2010 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam: 5.00 ptg. *(Majlis Kemuncak)
~ 17 Oktober 2010 di Masjid al-Falah USJ9, Subang Jaya Selangor: 5.30ptg.
al-Habib Umar pernah berkata dalam rawhah:
"Berapa ramai yang "ghaib" dekat, dan berapa ramai yang 'hadir' jauh.."
ikhwah akhawat.. hadirlahlah beramai-ramai..
~jangan sampai kita terlepaskan peluang jilsah bersama Ulama' keturunan Rasulullahصلى الله عليه والسلم
Ya Allah..
'Hadir'kan kami walau jasad kami jauh beribu batu,
Kami yakin,
Jarak tidak memisahkan hati orang mukmin..
Ya Allah,
Jangan Engkau haramkan kami untuk menghadirinya,
Kerana dosa yang ada pada diri kami...
Ya Allah..
Hati-hati kami ini sangat merindukan majlis2 seperti ini,
Engkau saja pengubat rindu kami,
Hanyasanya kepada-Mu,
Kami serahkan hati kami....
Ya Allah..
kurniakanlah aku kesempurnaan dalam melaksanakan ajaran Nabi صلى الله عليه والسلم zahir mahupun bathin, dalam keadaan sihat dan selamat dengan Rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih...
Allahumma Amiin..

Majlis Haul Imam Habib Abdullah Alawi al-Haddad 1431H.
Thursday, August 12, 2010
Siaran Langsung Majlis Tafaqquh Fiddin..
LIVE..!! di al-Muttaqin TV
http://www.almuttaqin.tv/
bersama:
al'Alim 'Allamah Tuan Guru ash Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki
semoga Allah swt memberi manfaat dengan para guru kita, ilmu-ilmu mereke, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat, dan menghimpunkan kita bersama-sama dengan mereka dalam keadaan baik dan 'afiah..
Amin Allahumma Amin..
Thursday, July 22, 2010
Majlis Tafaqquh Bersama Ulama' Nusantara Di Utara..
Tuan Guru asy-Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki..~Program Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki~
Tarikh : 29/7/2010 - Khamis (malam)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Imam Syafi'i, Taman Jali, Kangar, Perlis
Tarikh : 30/7/2010 - Jumaat
Masa : Pagi dan Malam
Tempat : PAKSI Sungai Petani (Pagi) dan Kepala Batas (Malam)
Tarikh : 31/7/2010 - Sabtu
Masa : 8pagi-12.30 tengah hari
5 petang-10 malam
Tempat : Maktab Perguruan Tengku Bainun, Bukit Mertajam. (IPG KTB)
Tarikh : 1/8/2010 - Ahad
Masa : Pagi
Tempat : Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
dan malamnya...
Tarikh : 1/8/2010 (malam) - 5/8/2010
Masa : 9 pagi - 12 tengah hari
8malam -10.30 malam
Tempat : Masjid Yayasan al-Bukhari, Alor Star, Kedah
KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Telah berkata al-Faqih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan" :
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.
4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan..
~jangan sampai kita terlepaskan peluang bersama Ulama' Nusantara, seorang ulama' yang haq..
Ya Allah..
'Hadir'kan kami walau jasad kami jauh beribu batu,
Kami amat yakin,
Jarak tidak menghalang kami daripada menghadiri pengajian bersama syeikh...
untuk mengetahui biografi Syeikh Nuruddin ~ ( klik disini)
sebarang pertanyaan boleh hubungi ~ 013-5855288 (Ustaz Afif Yahya)
~semoga hidup dan wafat kita dalam mencintai Ilmu dan Para Ulama'.. amin Allahumma amin..

Muslimin Muslimat Dan Seluruh Pencinta Ilmu Dan Ulama' Dijemput Hadir Beramai-Ramai..
~semoga hidup dan wafat kita dalam mencintai Ilmu dan Para Ulama'.. amin Allahumma amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)