Thursday, July 22, 2010

Majlis Tafaqquh Bersama Ulama' Nusantara Di Utara..

Tuan Guru asy-Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki..

~Program Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki~

Tarikh : 29/7/2010 - Khamis (malam)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Imam Syafi'i, Taman Jali, Kangar, Perlis

Tarikh : 30/7/2010 - Jumaat
Masa : Pagi dan Malam
Tempat : PAKSI Sungai Petani (Pagi) dan Kepala Batas (Malam)

Tarikh : 31/7/2010 - Sabtu
Masa : 8pagi-12.30 tengah hari
5 petang-10 malam
Tempat : Maktab Perguruan Tengku Bainun, Bukit Mertajam. (IPG KTB)

Tarikh : 1/8/2010 - Ahad
Masa : Pagi
Tempat : Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

dan malamnya...

Tarikh : 1/8/2010 (malam) - 5/8/2010
Masa : 9 pagi - 12 tengah hari
8malam -10.30 malam
Tempat : Masjid Yayasan al-Bukhari, Alor Star, Kedah

KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Telah berkata al-Faqih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:

"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan" :


1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan..

~jangan sampai kita terlepaskan peluang bersama Ulama' Nusantara, seorang ulama' yang haq..

Ya Allah..
'Hadir'kan kami walau jasad kami jauh beribu batu,
Kami amat yakin,
Jarak tidak menghalang kami daripada menghadiri pengajian bersama syeikh...

untuk mengetahui biografi Syeikh Nuruddin ~ ( klik disini)

sebarang pertanyaan boleh hubungi ~ 013-5855288 (Ustaz Afif Yahya)


Muslimin Muslimat Dan Seluruh Pencinta Ilmu Dan Ulama' Dijemput Hadir Beramai-Ramai..

~semoga hidup dan wafat kita dalam mencintai Ilmu dan Para Ulama'.. amin Allahumma amin..

Saturday, July 17, 2010

Ulama' Warasatul Anbiya'...

~(d' Maahad azZein al'Aliy litTafaquh fidDien..)~
Ulama' yang sempat al-haqir peroleh ilmu daripada mereka~

-Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki
-alHabib Umar bin Hafizd (di Indonesia)
-alHabib Umar bin Jailani (di Makkah)
-Syeikh Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi
-Tuan Guru Haji Salleh (pondok sik)
-Tuan Guru Ustaz Haron Din
-Syeikh Muhammad Muhyiddin alYamani (di Sudan)
-Ustaz Nor Khairunnizam (di Sudan)
-Ustaz Yussaini Yahya (Perlis)
-Ustaz Aminuddin Abd Rahim (Kedah)
-Ustaz Ahmad Abdullah (Jakarta)
-Maulana Nasrullah alFathoni (Indonesia)
-Ustaz Ahmad b. Abd Rahman (Perlis)
-Syeikh Muhd Said (perlis)
-Ustaz Muhd Zuki (TQN-bukit tembaga)
-al'Arif billah Paksu Mid (bukit tembaga)

Ulama' yang sempat al-haqir berada dalam majlis dan mendengar nasihat mereka~

-alHabib Salim ashSyatiri (yaman)
-alHabib Ali Zainal Abidin al-Hamid
-alHabib Kazim asSaqqaf (yaman)
-Syeikh Abu Bakar alJazaeiri (di Masjid Nabawi)
-asSayyid Abbas alMaliki (di Makkah)
-Maulana Ibrahim Gujerat (India)
-Maulana Saad al-Kandhlawi (India)
-Maulana Zubair al-Kandhlawi (India)
-Maulana Mustaqim (India)
-Maulana Abd Rahman (Pakistan)
-Maulana Ahmad Laat (India)
-Maulana Syaukat Aziz (india)
-Maulana In'amul Haq (india)
-Syeikh Abd Wahab (amir Pakistan)
-Maulana Dhomiruddin (Bangladesh)
-Maulana Mahbub (Bangladesh)
-Maulana Abd Hamid (mudir Miftahul Ulum,KL)
-Tuan Guru Haji Salleh (Pondok Penanti)
-Tuan Guru Nik Abd Aziz
-Syeikh Lutfi alBanjari (di Makkah)
-Kiyai Mukhlisun (syura indonesia)
-Kiyai Muhd Nur (amir Ternate,Indonesia)

Janji Rasulullah s.a.w~ "Seseorang akan bersama orang ia cintai pada Hari Kiamat.."

-semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada Rasulullah s.a.w, para Ulama dan Solihin.. amin Allahumma amin..

ikhwah akhwat, mohon doakan kesihatan para alim ulama' yang mengorbankan jiwa, masa mereka untuk ilmu dalam membimbing ummat....
moga Allah s.w.t kurniakan mereka kesihatan yang baik, melindungi mereka dari musuh-musuh Islam,...

Wednesday, July 14, 2010

Menuju Mahabbah Rasulullah s.a.w.

..(klik pada gambar)..

Muslimin Muslimat dan seluruh Pencinta Rasulullah s.a.w. dijemput hadir..

Friday, June 11, 2010

Cemeti Kehidupan...


Musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.

Ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah s.w.t. menjauhinya, Allah tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka pada-Nya. Renungilah wahai diri dengan cahaya hatimu.

Fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapan-Nya. Bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke dalam kandang.

Kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaran-Nya. Hadapilah dengan redha,, sabar, tenang, bersegera taubat dan sujud pada-Nya.

Yakinilah, Allah s.w.t. tidak menzalimi hamba-Nya. Allah s.w.t amat menyayangi dirimu. InsyaAllah pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

"...dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya"
(Fussilat;46)

rujukan; Bisikan Sirr.

Saturday, June 5, 2010

Permohonan Seorang Hamba..


Wahai Allah..
perbaikilah keadaan kami, naungilah kami, tolonglah kami,
selesaikanlah permasalahan kami dan seluruh muslimin...

Wahai Allah..
cukupkanlah kami dan mereka semua dari buruknya musibah dunia
agama kami..

Wahai Allah..
perbaikilah kami dan perbaikilah semua yang dengan perbaikan atasnya
merupakan maslahat bagi muslimin...

Wahai Allah..
janganlah Engkau mencelakakan kami dan mencelakakan mereka yang
dengan kecelakaan atasnya merupakan kemaslahatan bagi muslimin...

Wahai Allah..
angkatlah dan singkirkanlah dari kami dan dari muslimin segala gangguan,
musibah, kemarau, wabak demam, kejahatan, segala bentuk fitnah, kesulitan
ujian, wabak penyakit, kesakitan, dan dari segala yang terlihat zahir
mahupun yang tersembunyi..

dan jauhilah dari kami wahai Allah, kejahatan para penguasa yang keji,
pera pencuri, musuh-musuh, orang-orang zalim, dan jauhkanlah
sejauh-jauhnya mengikut kehendakMu, dengan segera tanpa bertunda-tunda,
dalam kesihatan dan keselamatan.
Wahai yang Maha Kasih Sayang dari semua pemilik sifat kasih sayang...

-Doa Qunut Nazilah yang dianjurkan oleh al'Allamah alHabib Umar ibn Hafizd حفظه الله تعالى

Thursday, June 3, 2010

Dia Menangis..


Kasih sayang dan cintalah yang menyebabkan lahirnya semangat dalam kehidupan para sahabat r.hum sehingga mereka tidak hiraukan tentang kehidupan dan tidak berangan-angan untuk berumur panjang, mereka tidak teringatkan harta dan mereka tidak takutkan kesusahan, malah mereka tidak bimbangkan kematian.

Sebenarnya cinta bukanlah satu perkara yang boleh dijelaskan. Cinta ialah satu keadaan hati yang mengatasi lafaz-lafaz perkataan dan baris-baris ayat. Cinta ialah satu perkara apabilayang apabila telah menunjang dalam hati akan menguasai segala perkara yang ada kaitan dengan perkara yang dicintai.Lantaran itu maruah dan kehormatan diri, kemuliaan dan keagungan tidak lagi bererti dalam membela orang yang dicintai.

Semoga Allah s.w.t. dengan kemurahan-Nya dan dengan berkat kekasih-Nya mengurniakan kepada kita cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya yang suci sehingga kita dapat merasakan kelazatan dalam beribadat dan berasa bahagia dalam menghadapi setiap penderitaan demi agama.

Pada zaman permulaan Islam, sesiapa sahaja memeluk Islam akan cuba merahsiakan keislamannya sedaya mungkin. Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan mereka agar merahsiakan keislaman mereka supaya mereka tidak dianiayai oleh orang-orang kafir.

Apabila jumlah orang-orang Islam meningkat sehingga 39 orang, Saidina Abu Bakar r.a. telah memohon daripada Nabi s.a.w. untuk menzahirkan Islam sehingga boleh berdakwah secara terbuka. Pada mulanya, Baginda s.a.w. menolak tetapi atas desakan Abu Bakar r.hu, Baginda memperkenankan permohonan itu. Abu Bakar r.a. telah membawa semua orang Islam ke Baitullah. Kemudian beliau telah memulakan ucapan dakwah. Ini ialah ucapan pertama disampaikan dalam Islam. Bapa saudara Nabi s.a.w. ketua para syuhada’, Saidina Hamzah r.hu telah memeluk Islam pada hari itu dan Saidina Umar r.hu tiga hari selepas itu.

Sebaik sahaja ucapan bermula, orang kafir dan puak mushrikin terus menerkam orang-orang Islam dari empat penjuru. Walaupun kemuliaan dan kehebatan Abu Bakar diakui secara amnya seluruh Mekah namun beliau tetap dipukul sehingga wajahnya berlumuran darah. Hidung, telinga dan semua anggotanya telah lebam sehingga wajah beliau tidak dikenali lagi. Beliau telah dipukul dengan kasut, ditendang dan dipijak sehingga beliau jatuh pengsan.

Setelah Banu Taim, orang-orang kabilah Saidina Abu Bakar r.hu mendengar berita itu, mereka datang lalu mengusung beliau pulang. Semua orang yakin bahawa Saidina Abu Bakar r.hu tidak akan dapat hidup lagi akibat serangan yang begitu kejam. Bani Taim telah datang ke Masjidil Haram dan mengisytiharkan bahawa kalaulah Abu Bakar meninggal dunia kerana peristiwa tersebut maka mereka akan mengambil tindakan balas dengan membunuh ‘Utbah bin Rabiah. Dialah orang yang paling ganas semasa menyerang Abu Bakar r.hu.

Abu Bakar r.hu tidak sedarkan diri sehingga ke petang. Walaupun telah dipanggil berkali-kali, beliau tetap tidak dapat menjawab. Pada waktu petang barulah beliau dapat bercakap setelah diseru namanya. Dalam keadaan itupun lafaz yang mula-mula sekali keluar dari mulutnya ialah, “Bagaimanakah keadaan Rasulullah?” Orang ramai mula mengutuknya, “Oleh sebab Muhammadlah kamu menerima musibah ini. Setelah sepanjang hari berada di rahang maut kemudian baru boleh bercakap masih lagi kamu bertanyakan hal Muhammad dan masih lagi kamu mengasihinya.”

Orang ramai mula bangun meninggalkan beliau kerana kecil hati terhadap beliau lagipun masih ada harapan untuk hidup dan beliau sudah mula boleh bercakap. Mereka berpesan kepada ibunya Ummu Khair supaya menyediakan apa-apa makanan untuknya. Ibunya membawa makanan dan mendesak Abu Bakar supaya makan tetapi beliau tetap dengan pertanyaannya, “Bagaimanakah keadaan Rasulullah? Apakah telah terjadi kepada Baginda?”

Ibunya berkata, “Aku tidak mengetahui keadaannya.”

Abu Bakar r.hu lalu berkata, “Pergilah berjumpa Ummu Jamil (adik Saidina Umar r.hu) dan bertanyakan kepadanya apakah keadaan Baginda?”

Demi untuk menyempurnakan permintaan daripada seorang anak yang dizalimi sebegitu rupa, Ummu Khair pun pergi menemui Ummu Jamil r.anha dan bertanyakan hal Nabi Muhammad s.a.w. Ummu Jamil juga merahsiakan keislamannya mengikut seperti keadaan biasa pada masa itu. Beliau berkata, “Aku tidak tahu pun siapakah Muhammad dan siapa Abu Bakar? Namun, aku bersimpati mendengar keadaan anakmu. Sekiranya engkau izinkan biarkanlah aku pergi untuk melihatnya.” Ummi Khair telah membenarkannya.

Sebaik sahaja melihat keadaan Saidina Abu Bakar r.hu, Ummu Jamil tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak, “Apakah yang si bedebah- si bedebah telah lakukan? Semoga Allah membalasi mereka atas apa yang telah mereka lakukan.”

Saidina Abu Bakar r.hu masih lagi bertanya, “Bagaimanakah keadaan Rasulullah?”

Ummu Jamil r.anha mengisyaratkan ke arah ibu Abu Bakar r.hu dan berkata bahawa dia sedang mendengar. Saidina Abu Bakar r.hu berkata, “Jangan takut kepadanya.”

Maka Ummu Jamil r.anha menyampaikan berita baik sambil berkata, “Baginda berada dalam keadaan sihat lagi selamat.”

Abu Bakar r.hu bertanya lagi, “Dimanakah Baginda sekarang ini?”

Ummu Jamil r.anha menjawab, “Baginda telah pergi ke rumah Saidina Arqam r.hu.” Lalu Abu Bakar r.hu berkata, “Demi Allah, aku tidak akan makan apa-apa dan tidak akan minum apa-apa selagi aku tidak pergi menziarahi Rasulullah.”

Ibu beliau mula susah hati apabila beliau bersumpah tidak akan makan selagi beliau tidak melihat Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itu, ibunya telah menunggu sehingga tiada orang lalu-lalang di jalanan agar tiada sesiapa yang akan nampak beliau dan semoga tidak lagi berlaku kezaliman terhadap beliau.

Apabila sebahagian besar malam berlalu, Ummu Khair telah membawa Saidina Abu Bakar ke rumah Saidina Arqam bertemu Nabi s.a.w. Abu Bakar r.hu terus memeluk Baginda s.a.w. dan Baginda pun memeluk beliau sambil menangis. Orang-orang Islam yang ada di situ pun turut menangis kerana tidak sampai hati melihat keadaan Saidina Abu Bakar. Selepas itu Abu Bkar r.hu memohon daripada Nabi s.a.w., “Ini ialah ibu saya, tuan tolonglah doakan hidayat untuknya dan dakwahlah dia kepada Islam.”

Mula-mula Rasulullah s.a.w. mendoakan hidayat untuk Ummu Khair kemudian member galakan kepadanya untuk memeluk Islam dan beliau menerima Islam pad masa itu juga.

Ramai yang mendakwa bahawa mereka sangat kasih dan cinta kepada hidup senang dan mewah. Namun, kasih dan cinta yang sebenarnya ialah yang terus berkekalan walaupun ditimpa musibah dan penderitaan.

Kata Sayyidi alHabib Umar bin Hafizd, “Setinggi-tinggi syuhada’ ialah syuhada’ cinta iaitu dia mati dalam keadaan menhan rindu dan cintanya kerana Allah.” Insan yang paling agung dikurniakan syahadah cinta itu ialah Rasulullah s.a.w.

Apabila Baginda diberi pilihan oleh Jibril a.s. sama ada untuk memanjangkan ajalnya atau bertemu Tuhannya, Rasulullah memilih untuk bertemu Tuhannya kerana cinta dan rindu.

Begitu juga kisah Sayyidah Fatimah Zahra’, beliau wafat setelah 6 bulan pemergian Rasulullah. Ulama’ berpendapat bahawa disebalik tempoh yang pendek antara kewafatan beliau dengan Rasulullah adalah kerana beliau tidak sabar dan rindu untuk bersama ayahnya Rasulullah.

Saidina Abu Bakar r.hu pula, setelah pemergian Rasulullah s.a.w. setiap malam beliau menangis sendirian dan berkata. “Wa Syauqoh Ya Rasulullah.. Wa Syauqoh Ya Rasulullah.. Wa Syauqoh Ya Rasulullah.. (Rindu wahai Rasulullah)” dan beliau wafat 2 tahun stelah pemergian Rasulullah.

Ya Rasulullah salamun ‘alayk.. Allaah.. Allaah..

rujukan: Hikayatus Sahabah- Syeikh Maulana Zakaria alKandhlawi.

Sunday, May 9, 2010

Doa Maulana Saad al-Kandhlawi..


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah,
ampunkan dosa-dosa kami..

Ya Allah,
tutupkanlah kesalahan-kesalahan kami..

Ya Allah,
tukarkanlah keburukan-keburukan kami kepada kebaikan-kebaikan..

Ya Allah,
Engkau masukkan hakikat iman dalam hati kami..

Ya Allah,
Engkau kurniakan sifat-sifat iman dalam diri kami
..

Ya Allah,
Engkau kurniakan pengiktirafan-Mu pada kami
..

Ya Allah,
kurniakan kami hubungan yang khusus dengan Zat-Mu..

Ya Allah,
Engkau milik kami dan kami milik-Mu ya Allah
..

Ya Allah,
bantu kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai..

Ya Allah,
tetapkan kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai..

Ya Allah,
kurniakan Istikhlas dan Istiqamah..

Ya Allah,
Engkau satukan ummat ini dengan usaha dakwah..

Ya Allah,
Engkau jadikan setiap individu ummat ini da'ei agama-Mu
..

Ya Allah,
Kurniakanlah kepedihan atas keruntuhan agama dalam hati-hati ummat ini
..

Ya Allah,
Engkau gunakan setiap kemampuan-kemampuan kami dalam kerja agama..

Ya Allah,
Engkau gunakan ummat ini untuk buat pengorbanan untuk agama-Mu..

Ya Allah,
Engkau kurniakan hidayah pada seluruh ummat..

Ya Allah,
Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki hanya tarbiyah-Mu lah yang hakikat tarbiyah..
Ya Allah tarbiyahlah ummat ini dengan sebaiknya..


Ya Allah,
Engkau kurniakan kami dengan kehidupan Sunnah Nabi s.a.w.

Ya Allah,
Engkau hidupkan kehidupan Sunnah Nabi s.a.w. pada ummat
..

Ya Allah,
Engkau kurniakan kebencian dalam hati kami cara kehidupan orang kafir dan hidupkan sunnah-sunnah dalam diri kami..

Ya Allah,
keluarkanlah sifat kehaiwanan dan tidak berakhlak dari kami..

Ya Allah,
kurniakan sifat insaniyah dalam diri kami..

Ya Allah,
tunjuklah setiap individu ummat ini..

Ya Allah,
'amkan hidayat pada seluruh ummat..

Ya Allah,
luaskanlah jalan-jalan hidayat..

Ya Allah,
tutupkanlah pintu-pintu bathil..

Ya Allah,
hancurkanlah suara-suara bathil..

Ya Allah,
Engkau gagalkanlah rancangan-rancangan bathil..

Ya Allah,
peliharalah usaha-usaha agama ini, rakan-rakan usaha agama, markas-markas usaha agama, masjid-masjid buat usaha agama, madrasah-madrasah
dan semua pergerakan-pergerakan agama yang haq..

Ya Allah,
bantulah kami dengan setiap langkah kami..

Ya Allah,
tunjuklah kami dengan setiap langkah kami..

Ya Allah,
kurniakan taufik untuk buat kebaikan-kebaikan..


Ya Allah,
bantu kami dengan usaha-usaha agama yang penting..

Ya Allah,
kurniakan keampunan, tutupkan kesalahan-kesalahan kami, mudahkanlah kami..

Ya Allah,
kurniakanlah Ihsan-Mu pada kami..


Ya Allah,
mudahkan urusan kami dengan kelebihan-Mu..

Ya Allah,
tanamkan keyakinan atas nusrah ghaib-Mu dalam hati dan Engkau turunkan nusrah ghaib-Mu pada kami..

Ya Allah,
dimana perlunya hujan, Engkau turunkan hujan Rahmat-Mu.. ( 3x )


Ya Allah,
jangan pandang ummat ini dengan pandangan murka-Mu dan lihatlah ummat ini dengan pandangan Ehsan-Mu..

Ya Allah,
jadikan umatd ini menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan dan kurniakan umat ini taufik untuk bertaubat..

Ya Allah,
jangan hindarkan Rahmat dan Ihsan-Mu pada ummat ini..

Ya Allah,
kasihanlah dan rahmatilah ummat ini..
Engkau turunkan hujan Rahmatmu.. ( 3 X )

Ya Allah,
keluarkanlah harapan dalam hati kami pada Ghair..
kurniakan kami taufik untuk mengambil manfaat terus dari Zat-Mu..

Ya Allah,
keluarkanlah yakin salah pada makhluk dalam hati-hati kami dan tetapkan kami dalam metaati perintah-perintah-Mu
..

Ya Allah,
pada orang-orang yang ada masalah hutang,
Engkau bantulah mereka dengan pertolongan ghaib-Mu untuk menyelesaikan masalah mereka..

Ya Allah,
Engkau sembuhkanlah orang-orang yang sakit..

Ya Allah,
Engkau keluarkanlah kelemahan-kelemahan zahir dan batin kami..

Ya Allah,
Engkau kurniakanlah kekuatan zahir dan batin kami..

Ya Allah,
pada mereka yang ada masalah mahkamah Engkau bebaskanlah dari masalah mereka..

Ya Allah,
kurniakanlah fikir akhirat dalam hati-hati ummat..

Ya Allah,
hapuskanlah kelalaian dalam diri kami
..

Ya Allah,
kurniakanlah fikir akhirat dalam hati kami..

Ya Allah,
dengan Ihsan-Mu dan Rahmat-Mu terimalah doa kami..

amin ya Robbal 'alamiin...

ehsan dari ahbab yang khidmat di Nizamuddin.