Sunday, May 9, 2010

Doa Maulana Saad al-Kandhlawi..


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah,
ampunkan dosa-dosa kami..

Ya Allah,
tutupkanlah kesalahan-kesalahan kami..

Ya Allah,
tukarkanlah keburukan-keburukan kami kepada kebaikan-kebaikan..

Ya Allah,
Engkau masukkan hakikat iman dalam hati kami..

Ya Allah,
Engkau kurniakan sifat-sifat iman dalam diri kami
..

Ya Allah,
Engkau kurniakan pengiktirafan-Mu pada kami
..

Ya Allah,
kurniakan kami hubungan yang khusus dengan Zat-Mu..

Ya Allah,
Engkau milik kami dan kami milik-Mu ya Allah
..

Ya Allah,
bantu kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai..

Ya Allah,
tetapkan kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai..

Ya Allah,
kurniakan Istikhlas dan Istiqamah..

Ya Allah,
Engkau satukan ummat ini dengan usaha dakwah..

Ya Allah,
Engkau jadikan setiap individu ummat ini da'ei agama-Mu
..

Ya Allah,
Kurniakanlah kepedihan atas keruntuhan agama dalam hati-hati ummat ini
..

Ya Allah,
Engkau gunakan setiap kemampuan-kemampuan kami dalam kerja agama..

Ya Allah,
Engkau gunakan ummat ini untuk buat pengorbanan untuk agama-Mu..

Ya Allah,
Engkau kurniakan hidayah pada seluruh ummat..

Ya Allah,
Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki hanya tarbiyah-Mu lah yang hakikat tarbiyah..
Ya Allah tarbiyahlah ummat ini dengan sebaiknya..


Ya Allah,
Engkau kurniakan kami dengan kehidupan Sunnah Nabi s.a.w.

Ya Allah,
Engkau hidupkan kehidupan Sunnah Nabi s.a.w. pada ummat
..

Ya Allah,
Engkau kurniakan kebencian dalam hati kami cara kehidupan orang kafir dan hidupkan sunnah-sunnah dalam diri kami..

Ya Allah,
keluarkanlah sifat kehaiwanan dan tidak berakhlak dari kami..

Ya Allah,
kurniakan sifat insaniyah dalam diri kami..

Ya Allah,
tunjuklah setiap individu ummat ini..

Ya Allah,
'amkan hidayat pada seluruh ummat..

Ya Allah,
luaskanlah jalan-jalan hidayat..

Ya Allah,
tutupkanlah pintu-pintu bathil..

Ya Allah,
hancurkanlah suara-suara bathil..

Ya Allah,
Engkau gagalkanlah rancangan-rancangan bathil..

Ya Allah,
peliharalah usaha-usaha agama ini, rakan-rakan usaha agama, markas-markas usaha agama, masjid-masjid buat usaha agama, madrasah-madrasah
dan semua pergerakan-pergerakan agama yang haq..

Ya Allah,
bantulah kami dengan setiap langkah kami..

Ya Allah,
tunjuklah kami dengan setiap langkah kami..

Ya Allah,
kurniakan taufik untuk buat kebaikan-kebaikan..


Ya Allah,
bantu kami dengan usaha-usaha agama yang penting..

Ya Allah,
kurniakan keampunan, tutupkan kesalahan-kesalahan kami, mudahkanlah kami..

Ya Allah,
kurniakanlah Ihsan-Mu pada kami..


Ya Allah,
mudahkan urusan kami dengan kelebihan-Mu..

Ya Allah,
tanamkan keyakinan atas nusrah ghaib-Mu dalam hati dan Engkau turunkan nusrah ghaib-Mu pada kami..

Ya Allah,
dimana perlunya hujan, Engkau turunkan hujan Rahmat-Mu.. ( 3x )


Ya Allah,
jangan pandang ummat ini dengan pandangan murka-Mu dan lihatlah ummat ini dengan pandangan Ehsan-Mu..

Ya Allah,
jadikan umatd ini menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan dan kurniakan umat ini taufik untuk bertaubat..

Ya Allah,
jangan hindarkan Rahmat dan Ihsan-Mu pada ummat ini..

Ya Allah,
kasihanlah dan rahmatilah ummat ini..
Engkau turunkan hujan Rahmatmu.. ( 3 X )

Ya Allah,
keluarkanlah harapan dalam hati kami pada Ghair..
kurniakan kami taufik untuk mengambil manfaat terus dari Zat-Mu..

Ya Allah,
keluarkanlah yakin salah pada makhluk dalam hati-hati kami dan tetapkan kami dalam metaati perintah-perintah-Mu
..

Ya Allah,
pada orang-orang yang ada masalah hutang,
Engkau bantulah mereka dengan pertolongan ghaib-Mu untuk menyelesaikan masalah mereka..

Ya Allah,
Engkau sembuhkanlah orang-orang yang sakit..

Ya Allah,
Engkau keluarkanlah kelemahan-kelemahan zahir dan batin kami..

Ya Allah,
Engkau kurniakanlah kekuatan zahir dan batin kami..

Ya Allah,
pada mereka yang ada masalah mahkamah Engkau bebaskanlah dari masalah mereka..

Ya Allah,
kurniakanlah fikir akhirat dalam hati-hati ummat..

Ya Allah,
hapuskanlah kelalaian dalam diri kami
..

Ya Allah,
kurniakanlah fikir akhirat dalam hati kami..

Ya Allah,
dengan Ihsan-Mu dan Rahmat-Mu terimalah doa kami..

amin ya Robbal 'alamiin...

ehsan dari ahbab yang khidmat di Nizamuddin.

Monday, April 26, 2010

Majlis Rasulullah صلى الله عليه والسلم & Haul asy-Syeikh Abd. Qadir al-Jailani قدس الله سره...

(klik pada gambar)

Majlis Rasulullah صلى الله عليه والسلم & Haul asy-Syeikh Abd. Qadir al-Jailani قدس الله سره...

Tempat : Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Tarikh : 15 Mei 2010, Sabtu. (1 JamadilAkhir 1431h)

Masa : 5 - 9 malam.

ikhwan akhawat.. datanglah beramai-ramai..

~jangan sampai kita terlepaskan peluang jilsah bersama Ulama' keturunan Rasulullahصلى الله عليه والسلم

Ya Allah..
'Hadir'kan kami walau jasad kami jauh beribu batu,
Kami yakin,
Jarak tidak memisahkan hati orang mukmin..

Ya Allah,
Jangan Engkau haramkan kami untuk menghadirinya,
Kerana dosa yang ada pada diri kami...

Ya Allah..
Hati-hati kami ini sangat merindukan majlis2 seperti ini,
Engkau saja pengubat rindu kami,
Hanyasanya kepada-Mu,
Kami serahkan hati kami....

Ya Allah..
kurniakanlah aku kesempurnaan dalam melaksanakan ajaran Nabi
صلى الله عليه والسلم zahir mahupun bathin, dalam keadaan sihat dan selamat dengan Rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih...

Allahumma Amiin..

Saturday, April 24, 2010

Kisah Benar: Pelajar UIA Bermimpi Bertemu Rasulullah صلى الله عليه والسلم..


Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah صلى الله عليه والسلم pada 2006~

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama sahabat2...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..kisah ini diambil melalui kenalan di UIA)

sesungguhnya,kita sepatutnya sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam.. *sebarkan..

dipetik dari : http://www.facebook.com/izzati.mahdi#!/notes/mohd-amiruddin-mohd-suhaimi/kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi-bertemu-rasulullah-saw/389576348765

Friday, April 23, 2010

Kemanisan Air Tebu Sudan...


.....بسم الله الرحمن الرحيم

aku menerima mesej dari Yahoo Messenger 2 malam lepas dari akhuna Fazli..

Fazli : "esok minum air tebu...??"

Allahu Akbaar.. betapa gembiranya diri ini mendapat mesej tersebut kerana sepanjang keberadaanku di Sudan belum ku pernah minum air tebu. Hanya sekali di Mekah dan sekali di Madinah saat menunaikan haji tahun lepas. Tempat dan waktu untuk berjumpa sudah ditetapkan terlebih dahulu, iaitu di Suq 'Arabiy terletak di Bandar Khartoum.

solat zuhur di Masjid Jami'ah..

Tika suhu 43 darjah darjah celsius, aku menaiki hai'es menuju ke Suq 'Arabiy sendirian kerana akhuna telah berada di Khartoum tika itu. Dengan tambang sebanyak 1 juneh (rm1.40) sahaja. Kami terus menuju ke kedai yang jual air tebu tersebut.. Kedai tersebut tidaklah terlalu besar, kerana hanya menjual air tebu sahaja...

Mesin menghasilkan air tidaklah sama seperti kulihat di Malaysia kerana mesin tersebut lebih selamat digunakan berbanding mesin tebu di Malaysia, yang jika lalai sedikit silap hari bulan boleh terkorban jari :( Setelah tebu dibersihkan, terus dimasukkan kedalam mesin tesebut dan menghasilkan air tebu yang segar..

saat pertama kali menikmati kesegaran air tebu Sudan.. :)

aku pesan 2 gelas air tebu, 1 untukku dan 1 lagi untuk akhuna Fazli. Alhamadulillaah... betapa nikmatnya minum air tebu ais yang diminum dalam keadaan panas bumi Sudan ketika itu. Segelas besar.. syukrulillah 'ala hazihin ni'mah :) dan kutambah segelas air tebu lagi sebelum pulang..

Sifat Allah s.w.t~

Allah s.w.t tidaklah menjadikan sesuatu ciptaanNya secara sia-sia, bahkan ada kebaikan yang tidak kita ketahui secara keseluruhannya... Dialah Yang Maha Mengetahuai segala sesuatu. Jadi, tidak ada sesuatu yang terlepas dari pengetahuan Allah s.w.t. hatta bergeraknya sebutir pasir yang halus didalam lautan yang gelap, gugurnya sehelai daun didalam hutan yang tebal juga dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Jadilah berwaspadalah kita dalam menjalani kehidupan seharian kerana tiap detik dan waktu kita berada dalam pengetahuan Allah s.w.t. yang bersifat dengan sifatNya "العليم".

Khasiat air tebu~

Tentu kita pernah menikmati kesegaran air tebu. Tambah-tambah jika diteguk di tengah cuaca panas atau saat berbuka puasa. Selain manis lazat, tebu juga kaya dengan khasiat kerana dapat melegakan batuk, panas dalam badan juga meredakan jantung berdebar. Subhanallah.. tebu dijadikan dengan rasanya yang manis.

Pada tebu juga terdapat penawar sebagai anti-diabetis, jadi untuk pesakit diabetis bolehlah minum air tebu yang segar. Awas! dilarang minum gula walaupun gula hasil yang diproses dari tebu.

Kemanisan air tebu dikalahi dengan kemanisan iman...

Rasulullah صلى الله عليه السلم bersabda: "ada 3 perkara, yang jika 3 perkara itu ada pada seseorang. Maka dia akan merasai kemanisan iman iaitu:

1~ Allah dan Rasul lebih dia cintai daripada selain keduanya,
2~ mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah,
3~ benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.."


Rasulullah صلى الله عليه والسلم bersabda: "pandangan adalah panah beracun dari anak panah iblis, Allah s.w.t. berfirman : barangsiapa yang menunggalkannya kerana takut padaku, maka akan ku ganti dengan kemanisan iman yang dia dapat rasai dihatinya..."

-semoga daku dan kalian dapat merasai kemanisan iman juga kemanisan dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. amin Allahumma amin,.,.

cuba tanya pada diri ~ "adakah kita sudah merasai kemanisan iman...??"

wahai Allah..
jika Engkau beri peluang padaku untuk merasai kesegaran dan kemanisan air tebu di bumi Sudan ini, berikanlah juga kepadaku dan mereka untuk merasai kemanisan iman..

Thursday, April 15, 2010

Bersama Mereka Yang Mengenali-Nya...

al'Arif billah Tuan Guru Abd Hamid
~( PakSu Mid Bukit Tembaga )~

bismillahirRahmanirRahim..
astaghfirullahal'Azeem....
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad...



الهى أنت مقصودي ورضاك مطلوبى أعطني محبتك ومعرفتك

Tuhanku.. Engkau yang ku maksudkan..
dan keridhoan-Mu ku inginkan...
berilah kemampuan padaku untuk mencintai-Mu
dan mengenali-Mu...


sekiranya kita cinta kepada manusia,
tidak semestinya manusia cinta kepada kita...
tetapi jika kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...

antara janji Rasulullah s.a.w ialah semua akan bersama orang yang dia cintai di Hari Qiamat.
Semoga kita hidup dan mati dalam mencintai Rasulullah s.a.w dan Ulama' Solihin.. Allahumma amiin..

alFatihah..

Monday, April 5, 2010

Perginya Pewaris Rasulullah s.a.w...

bismillahirRahmanir Rahiim...
Allahumma solli wasallim wabarik 'alayh..

al Fatihah...

...إنا لله وإنا إليه راجعون

Ahad (sebelum subuh) 19 Rabiul thani 1431H bersamaan 4 April 2010
telah kembali ke rahmatullah seorang lagi permata Islam
Baqiyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf alQuthub alImam
alHabib Abdul Qadir asSaqqaf di Jeddah..
Jenazah habib disembahyangkan di Masjidil Haram setelah Solat Isya'
dan dikebumikan di Perkuburan Maa'la..

Rabu 10 Mac 2010,
Syaikhul Azhar ashSyaikh Muhammad Sayyid atTantawi
telah kembali ke rahmatullah
selepas mengalami serangan sakit jantung di Saudi
-jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Nabawi dan
dikebumikan di Perkuburan Baqi'..

Rabu malam khamis 18 Rabiul awwal 1431H bersamaan 13 Mac 2010..
lebih kurang 10.58malam telah kembali ke Rahmatullah
Tuan Guru Pak Lang Zakaria bin Muhd. Saman
(Pondok Alor Janggus)..

Tiada musibah yang paling besar daripada perginya ulama' yang arif billah.. faqih..
murobbi... mursyid... Allahu Allaaah... =(

Ya Allah.. himpunkanlah kami bersama mereka pada hari kebangkitan kelak..
Allahumma amiin...

Sunday, April 4, 2010

Hanya Seorang Hamba..

bismillahirRahmanir Rahim..
Allahumma solli 'ala sayyidina wa habibina wa maulana Muhammad! sollu 'alayh..


Riwayat Imam Ahmad:

'Sayyidah Fatimah Az-Zahra' dan Sayyidina Ali mengadu kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam akan kesusahan yang hadapi oleh mereka berdua dalam melaksanakan kerja seharian dan ingin meminta seorang khodim(pembantu) untuk membantu mereka.

Maka Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam) berkata:

Mahu aku tunjukkan 1 perkara yang jauh lebih baik dari seorang khodim?!Apabila kalian mahu ke tempat tidur,maka bertasbihlah 33 kali,bertahmid 33 kali,bertakbir 34 kali.....'


Berkata Sayyidina Ali:

'Aku tidak pernah meningggalkannya sejak aku mendengar perkara itu dari Rasululllah sollahu 'alaihi wasallam.'


Cuba fikir-fikirkan...

Kenapa Sayyidina Ali tidak pernah meninggalkan pesanan Rasulullah tersebut walau pada hari pertempuran Siffin (disebutkan dalam riwayat lain)????


Bukankah kerana ia 1 yang mujarab ?!

Dari sini,kita dapat lihat bahawa ia bukan saja memberi kekuatan ma'nawi(batin) tetapi kekuatan jasmani(zahir).Jadi,bagi sesiapa yang badannya selalu mudah rasa lemah,mempunyai semangat yang lemah dalam melakukan 1 pekerjaan,cuba amalkan tiap hari.Dengan mengamalkan tips Rasulullah itu,kita dapat optimize tenaga kita yang terbatas ini dengan dapat melakukan pekerjaan yang paling maksimal.

Subhanallah...

اللهم صل على محمد طب القلوب و دوائها و عافية الأجساد و شفائها

Jadi,Jangan sesekali kita sedikit pun memandang remeh akan sunnah2 Rasulullah
kerana segala apa yang diajarkan oleh Rasulullah itu mempunyai kebaikan zohir dan batin.

Selain itu...

Bukankah kerana Rasulullah itu orang yang paling dicintai Sayyidina Ali lebih dari dirinya sendiri???



Kalau Sayyidina Ali tidak pernah meninggalkan zikir tersebut setelah mendengar dari bibir As-Syarif Rasulullah....


KITA pula bagaimana????

Ya Allah,
Hiasi peribadi kami dengan Sunnah2 kekasihMu hingga kami ini menyejukkan hatinya...